Tahun 2018 dilihat sebagai tahun mencabar bagi meningkatkan eksport negara berikutan kenaikan sebanyak dua digit yang agak tinggi pada tahun lepas, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua (MITI) Datuk Chua Tee Yong.
Tahun ini juga memberikan cabaran, khususnya membabitkan eksport minyak kelapa sawit berikutan cadangan sekatan ke atas minyak tersebut oleh Kesatuan Eropah dan terbaru, peningkatan duti import ke atas minyak sawit oleh India.
"Kerajaan akan terus mengikuti perkembangan ini, kami percaya akan ada kesan, bagaimanapun harga minyak sawit masih mampan ketika ini.
"Kami berasa lega kerana China masih mahu mengimport dan telah menyatakan bahawa mereka tidak akan mengenakan sebarang kuota untuk pengimportan komoditi itu," katanya kepada pemberita pada sesi pertemuan agensi-agensi di bawah MITI dengan sektor swasta sempena sambutan Tahun Baru Cina hari ini.
Perdagangan pada Januari tahun ini juga, agak menggalakkan dengan eksport negara mencecah RM82 bilion iaitu angka tertinggi bagi Januari secara keseluruhan berbanding sebelumnya.
Sementara itu, Timbalan Menteri MITI (Industri) Datuk Ahmad Maslan menggesa usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk terus memanfaat dana yang diperuntukkan dalam belanjawan 2018 berjumlah RM22.2 bilion bagi terus meningkat dan mengembangkan perniagaan mereka sehingga ke peringkat antarabangsa.
Peruntukan belanjawan untuk PKS dalam 2018 adalah yang terbesar dalam sejarahnya serta disalurkan dalam bentuk geran, pembiayaan dan pinjaman.
"Tahun ini diharapkan akan menjadi tahun yang akan membuka peluang yang meluas bagi usahawan PKS yang terdiri daripada pelbagai kaum, " katanya.
Katanya, sekarang ini, hanya sejumlah 18 peratus usahawan PKS yang telah berjaya membawa produk mereka ke peringkat antarabangsa, dan ini perlu dipertingkatkan.
Menyentuh mengenai pembabitan usahawan bumiputera, beliau berkata hanya 38 peratus daripada lebih 900,000 pengusaha PKS di negara ini terdiri daripada kaum tersebut.
Angka ini perlu dipertingkatkan kepada 45-50 peratus daripada jumlah keseluruhan PKS di Malaysia dalam tempoh 4-5 tahun akan datang.
Oleh itu, bagi tujuan pemerkasaan ekonomi bumiputera , setiap kementerian telah diamanahkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menubuhkan bahagian pembangunan usahawanan bumiputera.
Katanya, setiap kementerian harus lebih proaktif dan keluar dari kepompong masing-masing bagi mencari dan membentuk usahawan bumiputera seperti yang telah diamanahkan supaya sasaran tersebut dapat dicapai.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 06 2018
TEE YONG: Kerajaan akan terus mengikuti perkembangan ini, kami percaya akan ada kesan, bagaimanapun harga minyak sawit masih mampan ketika ini.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
RM141 bilion pelaburan asing diluluskan dalam sektor perkilangan
Ia merangkumi sebanyak RM30 bilion pada 2013; RM39.6 bilion (2014); RM21.9 bilion (2015); RM27.4 bilion (2016); dan RM21.6 bilion (2017).
Malaysia pantau sebarang kesan buruk akibat 'trade war' China-AS - Chua
Ia membimbangkan kerana impaknya bukan sahaja kepada Malaysia, tetapi juga negara-negara lain yang terlibat dalam aktiviti import dan eksport dengan kedua-dua negara ini.
#MalaysiaMemilih: Mampukah MCA dan Gerakan bertahan di Johor?
Pada PRU yang lepas, komponen Barisan Nasional di Johor selain UMNO tidak mencatatkan keputusan yang memberansangkan.
Syarikat tempatan perlu berani teroka pasaran luar negara - Chua
Pengusaha syarikat perlu bersikap proaktif bagi meningkatkan eksport negara serta berani melangkah ke hadapan dengan mengambil kira kehendak dan permintaan pasaran tempatan atau antarabangsa.
SME Bank komited selesaikan masalah kesukaran mendapat pembiayaan
Sasaran itu berdasarkan permohonan yang diterima hasil sesi bertemu pelanggan wilayah Selatan di sini hari ini.
Syarikat Malaysia enggan melabur dalam digitalisasi - Chua
Syarikat Malaysia masih enggan membuat pelaburan dalam dalam digitalisasi, walaupun kesedaran semakin meningkat, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Chua Tee Yong.
PRU14: MCA sedia tukar kerusi dengan komponen BN - Liow
MCA sedia berbincang dengan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) untuk bertukar kerusi bagi meningkatkan peluang kemenangan calon masing-masing pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Tiada ADUN BN Segamat jadi Ahli Majlis - Chua Tee Yong
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata dakwaan itu jelas merupakan satu fitnah yang sengaja ditimbulkan menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Jelajah Usahawan MITI dan agensi beri manfaat kepada usahawan, masyarakat - Chua
Program dua hari itu bukan sahaja membantu mempromosikan produk usahawan PKS malah memberi pendedahan kepada usahawan dan masyarakat mengenai perkhidmatan yang disediakan MITI serta agensinya.
FDI dari China meningkat bukan sebab kerajaan cuba meraih sokongan kaum Cina
Pelaburan langsung asing (FDI) dari China ke Malaysia meningkat berpunca daripada pertumbuhan perdagangan dan bukan disebabkan kerajaan cuba menagih sokongan kaum Cina.