awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tarif AS: 'Jangan guna sekatan perdagangan untuk pecah belah dunia' - Scholz

Astro Awani
Astro Awani
02/02/2025
23:40 MYT
Tarif AS: 'Jangan guna sekatan perdagangan untuk pecah belah dunia' - Scholz
Scholz ketika bertemu Starmer di Taman Chequers, Britain. - Foto REUTERS
CANSELOR Jerman, Olaf Scholz menyeru agar sekatan perdagangan tidak digunakan untuk memecahbelahkan dunia, lapor Reuters.
Dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Britain, Keir Starmer pada Ahad, beliau akui bahawa kerjasama global telah memberi manfaat kepada semua pihak.
"Globalisasi, pertukaran barangan dan komoditi di seluruh dunia, telah terbukti menjadi kisah kejayaan besar yang telah mencipta kemakmuran untuk kita semua.
"Bukan hanya di United Kingdom dan Jerman, mahupun di Amerika Syarikat, tetapi juga di banyak kawasan lain di seluruh dunia.
"Itulah sebabnya penting bahawa kita tidak memecahbelahkan dunia sekarang dengan banyak halangan perkastaman, tetapi kita menjadikan pertukaran barangan dan perkhidmatan ini untuk masa depan," katanya kepada media.
Scholz turut menekankan kepentingan perkongsian trans-atlantik, dengan menyatakan pentingnya kerjasama rapat antara UK dan EU bersama AS.
"Perkongsian trans-atlantik adalah sangat penting bagi kita semua. Ia bukan sahaja melibatkan isu-isu pertahanan dan kerjasama dalam NATO, mahupun soal sokongan untuk Ukraine.
"Tetapi ia juga melibatkan soal hubungan ekonomi," tegasnya.
Perbincangan kedua-dua pemimpin itu diadakan selepas Presiden AS, Donald Trump pada Jumaat lalu mengumumkan tarif baru iaitu 25 peratus ke atas barangan dari Mexico dan Kanada, dan 10 peratus ke atas import dari China.
Trump menegaskan bahawa tiada apa yang boleh dilakukan oleh ketiga-tiga negara untuk menghalang tarif ini.
Volkswagen, pembuat kereta terbesar di Eropah, menyuarakan kebimbangan mengenai potensi konflik perdagangan.
Kilang Puebla syarikat itu di Mexico, yang menghasilkan hampir 350,000 kereta pada tahun 2023, termasuk model Jetta, Tiguan, dan Taos untuk dieksport ke AS, boleh terjejas dengan ketara.
Pembuat kereta Jerman, terutamanya Volkswagen, memberi amaran bahawa tarif tersebut boleh menyebabkan kenaikan harga pengguna.
Topic Berkaitan
#Olaf Scholz
#sekatan perdagangan
#Keir Starmer
#kerjasama global
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan