awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tekanan terhadap ringgit diharap berkurangan selepas kemelut hutang AS selesai - Ahmad Maslan

Bernama
Bernama
31/05/2023
06:04 MYT
Tekanan terhadap ringgit diharap berkurangan selepas kemelut hutang AS selesai - Ahmad Maslan
Ahmad berkata, kerajaan sedang menunggu perkembangan terkini berhubung isu siling hutang AS. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Tekanan terhadap mata wang ringgit berbanding dolar AS diharap akan berkurangan apabila isu siling hutang Amerika Syarikat (AS) selesai dalam tempoh beberapa hari akan datang, kata Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan.
Beliau berkata kerajaan sedang menunggu perkembangan terkini berhubung isu siling hutang AS yang dijangka diselesaikan dalam dalam tempoh lima hingga enam hari lagi sebelum mengambil sebarang tindakan.
"Kerajaan AS sedang berusaha menyelesaikan isu siling hutang itu secepat mungkin, manakala Presiden AS Joe Biden juga menyebut bahawa pentadbirannya akan cuba menyelesaikan isu tersebut sebelum 6 Jun depan.
"Tinggal beberapa hari sahaja lagi (sebelum tarikh akhir), kita harap perkara itu selesai, maka ringgit harapnya tidak sebagaimana apa yang berlaku hari ini," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas selesai mengadakan lawatan rasmi ke Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bagi mendengar taklimat berhubung kedudukan pasaran modal dalam negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Maslan
#nilai ringgit
#hutang AS
#dolar AS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan