awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Xi Jinping hubungi Trump selepas perbincangan maya dengan Putin
141 kes buang sampah di bawah Akta 672 terima izin mendakwa - SWCorp
Selangor FC sahkan tempat ke separuh akhir Kejuaraan Kelab ASEAN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Teknologi kenderaan elektrik antara fokus MOSTI pada 2022

Bernama
Bernama
25/01/2022
05:06 MYT
Teknologi kenderaan elektrik antara fokus MOSTI pada 2022
Antara langkah yang diambil adalah pembangunan dan pengkomersialan ekosistem teknologi EV tempatan bersama syarikat pemula dan industri kecil sederhana (IKS). - Facebook/Dr Adham Baba
KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan memfokuskan kepada tiga bidang utama iaitu kenderaan elektrik (EV), sekuriti kesihatan negara dan inovasi sosial pada tahun ini, selari dengan tema 'Merakyatkan Sains, Menginsankan Teknologi'.
Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, fokus EV yang mesra alam sekitar serta memberi impak sampingan positif itu adalah bertujuan meletakkan Malaysia sebagai pengeluar teknologi EV terutamanya kenderaan elektrik dua roda yang dibangunkan pengusaha tempatan.
"Antara langkah yang diambil adalah pembangunan dan pengkomersialan ekosistem teknologi EV tempatan bersama syarikat pemula dan industri kecil sederhana (IKS), menerusi program 'Enabling Mobility Electrification for Green Technology' (Emerge) yang diterajui NanoMalaysia Bhd," katanya pada Majlis Amanat 2022 MOSTI bersama Dr Adham di sini, hari ini.
Di samping itu, Program Inisiatif Teknologi Penyimpanan Tenaga NanoMalaysia (NESTI) iaitu platform perintis peringkat kebangsaan turut diperkenalkan bagi membangun dan mengkomersialkan sistem penyimpanan tenaga untuk mobiliti elektrik, kegunaan di dalam sektor domestik dan industri serta penyelesaian mudah alih.
Katanya MGVI turut menerajui pengesanan pemantauan genom, pemindahan teknologi serta perkongsian data yang semakin kritikal dalam membantu pelaksanaan usaha pengawalan wabak penyakit seperti COVID-19.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MOSTI
#kenderaan elektrik
#inovasi
#Adham Baba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan