awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tengku Zafrul minum air 11 kali ketika bentang Bajet 2022

Sinar Harian
Sinar Harian
29/10/2021
11:12 MYT
Tengku Zafrul minum air 11 kali ketika bentang Bajet 2022
Tengku Zafrul dilihat minum air sebanyak 11 kali ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada Jumaat. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dilihat minum air sebanyak 11 kali ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada Jumaat.
Beliau mengambil masa hampir dua jam membacakan teks ucapan setebal 83 muka surat dengan tema Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera.
Ini merupakan tahun kedua beliau membentangkan bajet. Kali pertama bersama Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kini bersama kerajaan Keluarga Malaysia diterajui Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau turut kelihatan segak mengenakan baju Melayu berwarna peach lengkap bersampin dan bersongkok hitam.
Pada pembentangan itu, Tengku Zafrul membentangkan bajet berjumlah RM332.1 bilion menyaksikan nilai peruntukan tertinggi berbanding bajet-bajet sebelum ini.
Daripada jumlah tersebut, kerajaan bercadang untuk menyediakan RM233.5 bilion bagi belanja mengurus, RM75.6 bilion untuk belanja pembangunan dan RM23 bilion di bawah Kumpulan Wang Covid-19.
Sejumlah RM2 bilion turut disediakan sebagai simpanan luar jangka.
Beliau berkata, walaupun ia merupakan bajet mengembang, defisit fiskal 2022 diunjur berkurang kepada enam peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding 6.5 peratus pada tahun 2021.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN: Tengku Zafrul minum air 11 kali ketika bentang Bajet 2022
Topic Berkaitan
#bajet 2022
#Tengku Zafrul
#minum air
#pembentangan bajet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan