KUALA LUMPUR: Tesla hari ini melancarkan sedan elektrik Model 3 baharu dan pusat pengalaman pertamanya di Malaysia.
Model baharu itu, yang berharga bermula pada RM189,000, boleh didapati dalam dua varian, pacuan roda belakang dan versi jarak jauh. Ia menawarkan julat cas tunggal sehingga 629 kilometer (km).
Dengan pelancaran model baharu itu, Pengarah Serantau Tesla Isabel Fan berkata syarikat merancang untuk mewujudkan lebih banyak stesen pengecasan Super untuk menambah kepada dua stesen sedia ada yang terletak di Pavillion Kuala Lumpur dan Sunway Big Box, Johor.
"Kami akan mempunyai lebih banyak stesen. Pelan kami ialah menghubungkan negara, menghubungkan rantau ini dan menjadikan perjalanan rentas sempadan seperti dari Singapura ke Malaysia mudah," katanya pada majlis pelancaran Model 3 Tesla di Pusat Pengalaman di Pavilion Damansara Heights di sini hari ini.
Pusat tersebut, berkeluasan 3,000 kaki persegi, akan memberikan perkhidmatan kepada perbandaran mewah Bangsar dan Damansara Heights.
Fan berkata Tesla Supercharging, antara stesen pengecasan terpantas di dunia, boleh mengecas Model 3 baharu sehingga 282 km hanya dalam 15 minit sahaja.
Tesla turut merancang untuk mewujudkan stesen pengecasan Super di 12 lokasi berbeza di negara ini, termasuk lima di Lembah Klang, dua di wilayah utara dan dua di wilayah selatan.
Di peringkat global, syarikat itu kini mempunyai rangkaian pengecasan pantas yang terbesar, dengan 4,947 stesen pengecasan Super dan 45,000 pengecas Super.
Model 3 mampu memecut dari 0 hingga 100 km sejam dalam masa 4.4 saat sahaja selain kurang mengeluarkan bunyi yang disokong oleh penggunaan kaca akustik 360 darjah.
Pada masa ini, pengeluaran tahunan Tesla berjumlah dua juta kereta elektrik untuk memenuhi permintaan global.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 19 2023
Kenderaan elektrik terbaharu Model 3 buatan Tesla diperkenalkan kepada awam hari ini dan pembukaan Tesla Experience Centre yang pertama di Malaysia, di Pavilion Damansara Heights hari ini. - Foto BERNAMA
Olimpik Paris 2024: Atlet Gaza tersepit antara impian dan serangan Israel
Serangan Israel juga telah menyebabkan kematian pemain terkemuka di Gaza, termasuk juara kejohanan.
AWANI Pagi: Tutup Haji 2024, menanti lambaian 2025
Ikuti diskusi Awani PAGI pada Sabtu bersama Ketua Rombongan Haji 1445h/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman bagi membincangkan mengenai operasi haji 2024 yang ditutup secara rasmi minggu ini, sekali gus menantikan lambaian Kaabah untuk tetamu Allah pada tahun 2025.
Bordeaux fail muflis
Ditubuhkan pada 1881, FC Girondins de Bordeaux ialah salah satu kelab bola sepak paling terkenal di Perancis.
Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar
Kebakaran melibatkan bangunan kelas A yang dianggarkan musnah 80 peratus.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [27 Julai 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
- Mahkamah: kes bunuh Nur Farah Kartini dan Zayn Rayyan
- Lapan kawasan rekod cuaca panas berjaga-jaga
- Sukan Olimpik Paris 2024 secara rasmi membuka tirai
- Mahkamah: kes bunuh Nur Farah Kartini dan Zayn Rayyan
- Lapan kawasan rekod cuaca panas berjaga-jaga
- Sukan Olimpik Paris 2024 secara rasmi membuka tirai
Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel
Mustafa Muhammad Abu Ara meninggal dunia selepas dipindahkan dari penjara di selatan Israel ke hospital.
Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka
Wu dari Shenzen dilaporkan buta mata kiri selepas terkena jangkitan kuman dipercayai dibawa lalat itu.
[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?
Kali ini pada bulan Ogos 2024, ia adalah giliran Kelantan iaitu negeri yang masyhur dengan sejarah pemerintahan Paduka Seri Maharaja Puteri Cik Siti Wan Kembang.
Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping
Judoka Iraq Sajjad Sehen menjadi atlet pertama yang gagal dalam ujian doping di Sukan Olimpik Paris.
Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina
Sekurang-kurangnya 14 orang terkorban, sementara lebih 600,000 yang lain hilang tempat tinggal akibat Taufan Gaemi.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tesla tambah ciri kawalan ibu bapa untuk hadkan kelajuan pemanduan
Perkara paling menarik perhatian adalah ciri kawalan ibu bapa.
Elon Musk mungkin tinggalkan Tesla jika tidak dibayar $56 bilion
Robyn Denholm, salah seorang lembaga pengarah berkata, Tesla perlu mengotakan janji jika ingin Elon Musk kekal bersama syarikat.
Elon Musk lancar Starlink di Indonesia
ELON Musk dan Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin, telah melancarkan perkhidmatan Starlink di Indonesia semalam.
Tesla lancarkan stesen 'supercharging' V4 pertama rantau Asia Tenggara di Malaysia
TESLA hari ini mengumumkan pelancaran stesen pengecasan kereta Tesla Supercharging V4 secara rasminya di Malaysia.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Tesla mula jual robot Optimus menjelang akhir tahun depan - Elon Musk
Beberapa syarikat telah mempertaruhkan robot humanoid untuk penuhi potensi kekurangan tenaga kerja dan melaksanakan tugas berulang.
Tesla guna teknologi purba untuk selesai masalah Cybertruck
Rivet ialah teknologi yang telah digunakan oleh manusia sejak Zaman Gangsa lebih 4,000 tahun yang lalu.
Tesla panggil semula semua Cybertruck kerana masalah pedal pemecut
Tesla memanggil semula semua Cybertruck yang telah dikeluarkan, disebabkan oleh masalah pada pedal pemecut.
Lebih 10 peratus pekerja Tesla di seluruh dunia diberhentikan
Tesla memberhentikan lebih 10 peratus tenaga kerja globalnya akibat penurunan jualan dan perang harga yang meningkat untuk kenderaan elektrik (EV).