Lembaga Tabung Haji (TH) menumpukan enam fokus dengan keutamaan kepada kecekapan tadbir urus dan operasi bagi memperkasa institusi Islam itu ke arah lebih baik khususnya untuk prospek masa hadapan.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Nik Mohd Hasyudeen Yusoff berkata agenda utama TH itu turut melibatkan pemerkasaan pentadbiran deposit, pengurusan haji, sumber manusia dan pengukuhan anak syarikat.
Jelas beliau, institusi itu juga akan berteraskan konsep persekitaran, sosial dan tadbir urus, yang menjadi asas portfolio pelaburan kini serta bakal menyumbang kepada prestasi yang lebih baik.
"Kadang kala kita hanya melihat TH dalam konteks jangka masa pendek dan sebab itu kita nak terus kukuhkan TH supaya bila anak cucu kita berinteraksi dengan TH, mereka akan mendapat perkhidmatan dan nikmat yang sama.
"Untuk menuju ke arah itu, kita fokus menjadikan TH sebuah institusi Islam yang dihormati atas pencapaian dan tadbir urus disebabkan TH adalah institusi yang mentadbir tabungan mereka yang hendak mengerjakan haji, duit yang kita terima itu adalah berkaitan agama dan kita kena honour that responsibility dan hormati mandat itu," katanya pada sidang media khas baru-baru ini.
Mengenai operasi haji, Nik Mohd Hasyudeen berkata TH sentiasa menambah baik kualiti perkhidmatan bagi memberikan keselesaan kepada jemaah mengerjakan ibadah, antaranya melakukan 'post-mortem' sebaik selesai setiap musim haji dan membolehkan institusi itu membuat perancangan awal untuk tahun akan datang.
Dari aspek sumber manusia, beliau berkata TH komited mengendalikan tadbir urus yang stabil dan mapan menerusi pelaburan sumber manusia seperti program 'Profesional Mukmin' yang memberikan latihan dan kursus bagi meningkatkan kecekapan dan profesionalisme kakitangan.
Selain itu, beliau berkata semua anak syarikat TH turut akan diselia dengan lebih terperinci bagi memperkukuhkan ekonomi umat Islam dan ekonomi halal, selain memastikan manfaat daripada hasil tabungan dapat disebarkan kepada rakyat.
"Satu daripada pelaburan kita yang penting dipanggil pelaburan strategik khususnya anak syarikat seperti Bank Islam, syarikat takaful, TH Plantations, TH Travel dan apa yang kami tekankan untuk masa hadapan adalah memperkukuh anak syarikat.
"Contohnya, Bank Islam sekarang lebih giat membantu perniagaan kecil dan sederhana kerana sektor itu penting untuk perkembangan ekonomi negara dan prestasi syarikat takaful pun agak membanggakan dan untuk itu kita perlu perluaskan jejak dalam sektor takaful supaya peniaga yang berurusan dalam dan luar negara melindungi harta mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 15 2019
TH fokus untuk menjadi institusi Islam yang dihormati atas pencapaian dan tadbir urus.
Ahli lembaga pengarah, hala tuju DNB diumum esok - Fahmi
Fahmi menjelaskan dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi penegasan mengenai pelaksanaan rangkaian 5G dan perkara-perkara yang dipersetujui.
AWANI Ringkas: Laporan interim nahas helikopter TLDM dalam dua minggu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas helikopter Lumut: Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota TLDM yang maut dalam nahas helikopter di Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun pada Rabu.
Lebih sebulan berlalu, polis masih kesan pemilik sebenar wang RM500,000 dalam bagasi
Polis masih mengesan pemilik sebenar wang tunai lebih RM500,000 yang ditemui dalam bagasi di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 20 Mac lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Proses bedah siasat 10 mangsa selesai
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu
[TERKINI] Laporan interim dalam tempoh dua minggu
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin menyatakan komitmen tersebut pada mesyuarat kabinet yang diadakan pada Rabu.
Tak boleh tolak permohonan pasport jika pemohon tidak fasih Bahasa Melayu - JIM
JIM tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
Lelaki rosakkan peralatan tokong ditahan - KPD Manjung
Lelaki berusia 35 tahun itu ditahan pada jam 9.30 malam Sabtu, selain merampas telefon bimbit digunakan untuk merakam perbuatan tersebut.
Kembali kepada Islam adalah penyelesaian isu perpaduan kaum - Penganalisis
Isu-isu yang berbangkit mutakhir ini mendesak rakyat Malaysia kini tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan fahaman politik adalah memastikan keharmonian kaum dan agama kekal utuh.
Usah sentuh sensitiviti agama, bersama maju ke hadapan - Premier Sarawak
Kerajaan Sarawak menekankan inklusiviti sosial berteraskan keadilan untuk semua tanpa mengira latar belakang kaum dan agama yang pelbagai.
PRK: Kemenangan PH isyarat Johor tolak politik guna agama - Sheikh Umar
Kemenangan PH memberi isyarat rakyat Johor tidak menerima politik yang mempergunakan agama secara keterlaluan.
Kempen PRN: Elak sentuh isu 3R demi keharmonian rakyat - Pakar
Memainkan isu 3R semasa berkempen boleh menyebabkan pertelingkahan dalam kalangan masyarakat serta mengundang kesan buruk kepada negara.
Kerajaan tidak akan berkompromi dengan pihak mainkan isu perkauman, agama - TPM Zahid
Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang berterusan memainkan isu perkauman dan agama.
Tujuh kertas siasatan dibuka di bawah unit 'task force' 3R PDRM
Tujuh kertas siasatan telah dibuka melibatkan kes 3R atau kes penghinaan terhadap agama, kaum dan Institusi Diraja bagi tempoh bermula 27 Mac 2023 sehingga 6 April 2023.
Hargai kepelbagaian budaya, agama di Malaysia asas kemakmuran - TPM Fadillah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Malaysia sangat istimewa dengan rakyatnya hidup aman harmoni dalam kepelbagaian budaya dan perbezaan agama.
Kes pendakwah terkenal: Jangan buat spekulasi - Idris
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad menegaskan, tindakan itu boleh memberi mesej buruk terhadap nilai agama.
Hina Islam: Menteri bagi peringatan, jangan main bab agama
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Idris Ahmad memberi peringatan kepada semua pihak supaya tidak melakukan sebarang penghinaan terhadap agama Islam.