awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ribut tropika Basyang ragut 3 nyawa, lebih 390,000 orang terjejas di Filipina
Kerajaan rangka garis panduan kemudahan mesra OKU di semua masjid, surau - Zulkifli
Korea Selatan lapor kes kelapan Demam Babi Afrika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TH lantik Rozita Khamsiah dan Ahmad Shahriman sertai pengurusan kanan

Bernama
Bernama
06/04/2020
05:50 MYT
TH lantik Rozita Khamsiah dan Ahmad Shahriman sertai pengurusan kanan
TH dalam satu kenyataan hari ini berkata pelantikan baharu pengurusan kanan itu selaras dengan usahanya untuk memantapkan kepimpinan organisasi. - Gambar fail
Lembaga Tabung Haji (TH) melantik Rozita Khamsiah Othman sebagai setiausaha lembaga dan Ahmad Shahriman Johari sebagai pengurus besar hal ehwal awam dan komunikasi korporat kumpulan, masing-masing berkuatkuasa pada 9 Mac dan 1 April, 2020.
TH dalam satu kenyataan hari ini berkata pelantikan baharu pengurusan kanan itu selaras dengan usahanya untuk memantapkan kepimpinan organisasi.
"Rozita Khamsiah mempunyai pengalaman luas sebagai penasihat undang-undang dalaman dan setiausaha syarikat berlesen daripada pelbagai industri termasuk institusi kewangan kerajaan, pembinaan danpembangunan hartanah.
"Sebelum menyertai TH, beliau berkhidmat sebagai naib presiden kanan di Medini Iskandar Malaysia Sdn Bhd dan bertanggungjawab dalam aspek pengurusan undang-undang syarikat termasuklah memimpin, mengurus dan memantau penyampaian khidmat nasihat undang-undang," kata syarikat itu.
Sementara itu, Ahmad Shahriman pula sebelum ini merupakan ketua komunikasi korporat di Sime Darby Property Berhad yang bertanggungjawab mengurus hal ehwal perhubungan awam serta komunikasi syarikat tersebut.
"Beliau mempunyai pengalaman luas dalam perhubungan media dan pernah memegang jawatan Ketua Pengarang Berita di New Straits Times (NST)," kata TH.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Shahriman Johari
#Malaysia
#Rozita Khamsiah Othman
#Tabung Haji
#TH
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan