KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) menyarankan pendeposit khususnya yang melebihi umur 18 tahun tetapi masih memegang Akaun Kanak-kanak di bawah jagaan, supaya bertukar status kepada Akaun Dewasa.
Pengarah Eksekutif Operasi TH Mustakim Mohamad berkata, hampir 700,000 pemegang Akaun Kanak-Kanak melebihi umur 18 tahun dikenal pasti dan pemegang akaun itu yang telah menukar status akan mentadbir akaun masing-masing bermula 1 Disember tahun ini.
"Akaun itu akan dibekukan daripada melakukan sebarang transaksi pengeluaran, selain status link akaun antara akaun penjaga di bank dan akaun kanak-kanak di TH akan terbatal serta pendaftaran haji juga tidak dapat dilakukan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata akaun berkenaan masih boleh menerima transaksi simpanan daripada semua saluran yang disediakan TH termasuk di platform JomPay dan THiJARI.
TH menasihatkan orang ramai terutama ibu bapa dan penjaga yang mempunyai akaun jagaan bagi anak yang berumur 18 tahun ke atas supaya datang bersama anak tersebut ke cawangan TH bagi menukar status ke Akaun Dewasa agar tidak timbul kesulitan pada masa akan datang.
TH mengambil langkah itu bagi memastikan semua akaun pendeposit yang mencapai 18 tahun diuruskan oleh pendeposit sendiri dan rekod maklumat serta biometrik pendeposit itu dikemas kini.
Selain itu, pendeposit perlu memastikan akaun TH berstatus aktif untuk terus menikmati manfaat seperti simpanan dijamin kerajaan, menerima agihan keuntungan, zakat ditunaikan, patuh syariah, dikecualikan cukai pendapatan dan boleh turut serta dalam pelbagai kempen yang dijalankan TH.
Menurut kenyataan itu, pendeposit hanya perlu melakukan satu transaksi simpanan atau pengeluaran bagi memastikan akaun kekal berstatus aktif.
Orang ramai boleh merujuk laman web rasmi TH di www.tabunghaji.gov.my atau talian khidmat pelanggan (THCC) di 03-6207 1919 untuk pertanyaan lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 26 2021
Pengarah Eksekutif Operasi TH Mustakim Mohamad berkata, hampir 700,000 pemegang Akaun Kanak-Kanak melebihi umur 18 tahun dikenal pasti. - Gambar fail
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
Tabung Haji sumbang hampir RM160,000 bantu pelajar asnaf
Lembaga Tabung Haji (TH) menyumbangkan hampir RM160,000 untuk Program Bijak Bestari Kampung Bharu yang bertujuan meningkatkan prestasi akademik pelajar asnaf.
Program Kepimpinan Muda TH siri kedua perkasa sahsiah kepimpinan pelajar
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan usaha melestarikan pemerkasaan dan pembangunan sahsiah kepimpinan pelajar melalui Program Kepimpinan Muda TH siri kedua melibatkan 90 orang pelajar.
TH tubuh Rajih tingkat kecekapan, kajian isu manasik haji
Mohd Naim berkata, Rajih akan bertindak mengurus dan meneliti kajian-kajian semasa yang melibatkan hal ehwal manasik haji.
TH dukung aspirasi kerajaan, tingkat upaya penduduk menerusi Program Santuni MADANI
TH komited dukung aspirasi kerajaan menerusi Program Santuni MADANI: Satu Pemimpin, Satu Kampung sebagai usaha meningkatkan potensi kampung.
31 Sahabat Korporat TH sumbang RM4.8 juta kepada jemaah haji Malaysia
Lembaga Tabung Haji menerima sumbangan RM4.8 juta daripada 31 syarikat korporat melalui program Sahabat Koporat TH bagi membantu jemaah haji Malaysia.
Arab Saudi iktiraf pencapaian Malaysia dalam pengurusan jemaah haji
Kejayaan kerajaan Malaysia dalam pengurusan jemaah haji melalui Tabung Haji boleh menjadi model terbaik untuk dicontohi dan diterapkan negara lain.
TH sambut baik inisiatif perkasa Ekonomi MADANI
TH juga beriltizam untuk mengukuhkan kelestarian impak sosial negara menerusi instrumen kewangan Islam.
Tabung Haji komited jayakan inisiatif Ekonomi MADANI, perkasa saluran bantuan
Sejak penubuhannya, TH telah salurkan zakat berjumlah RM1.37 bilion kepada Majlis Agama Islam negeri untuk diagihkan kepada golongan asnaf.
Operasi haji memuaskan, Arab Saudi anggap pengurusan TH terbaik - Mohd Na'im
Perkara berkenaan dizahirkan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah secara peribadi kepadanya baru-baru ini.
PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus
PPZ-MAIWP mencatat kutipan zakat sebanyak RM511 juta dari Januari hingga Jun tahun ini dengan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.