KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kepada pelabur asing dan peneraju industri dari rantau Asia bahawa isu kestabilan politik di Malaysia tidak berbangkit ketika ini.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata sekarang merupakan masa yang sesuai untuk melabur di Malaysia, apatah lagi dengan pelbagai petunjuk ekonomi dan dasar-dasar jangka panjang yang diperkenalkan kerajaan termasuklah Ekonomi MADANI, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030.
Dalam catatan di Facebooknya, beliau berkata perkara itu dijelaskan kepada lebih 400 hadirin yang kebanyakannya adalah pelabur pada sesi perbualan tengah hari anjuran badan pemikir, Milken Institute di Singapura hari ini yang turut menganjurkan Sidang Kemuncak Asia ke-10 selama tiga hari di republik itu.
Perdana Menteri yang berada di Singapura dalam lawatan kerja sehari, antara lain menyertai dua sesi khas Sidang Kemucak Asia Ke-10 Milken Institue itu, A Conversation with the Prime Minister of Malaysia dan Malaysia's Investment Outlook: A Conversation between YAB Prime Minister and Global Investors.
Menurut catatan itu, Anwar pada sesi berasingan turut bertemu dan berbicara dengan 22 usahawan, ketua organisasi pelaburan dan perbankan di Asia dan menggunakan kesempatan itu menjelaskan mengenai dasar fiskal negara dan makna kelestarian daripada perspektif Malaysia MADANI yang mencakupi pelbagai sudut.
Perdana Menteri berkata pada sesi yang turut disertai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir itu, beliau berkongsi pandangan berkaitan isu dan arah tuju ASEAN terutamanya dalam bidang integrasi ekonomi dan teknologi.
"Saya simpulkan bahawa Malaysia memberi fokus kepada melengkapi serta memberi nilai tambah pertumbuhan ekonomi dan sosial bersama negara-negara jiran," katanya.
Dalam catatan berasingan, Anwar turut berkongsi detik pertemuan bersama rakan sejawatnya Lee Hsien Loong pada majlis minum petang di Istana dan mereka membincangkan perkembangan semasa dan isu-isu berkepentingan yang sentiasa dekat bagi kedua-dua negara.
"Saya turut ketemu Menteri Luar Singapura Vivian Balakrishnan di Istana. Semoga persahabatan ini terus mekar dan utuh demi rakyat Malaysia dan Singapura," katanya.
Ini merupakan lawatan kali kedua Anwar sebagai Perdana Menteri ke Singapura selepas kunjungan pertama pada Januari lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 13 2023

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kepada pelabur asing dan peneraju industri dari rantau Asia bahawa isu kestabilan politik di Malaysia tidak berbangkit ketika ini. - Gambar fail/BERNAMA

Keindahan pekerti, akhlak Rasulullah contoh ikutan terbaik - PM
Keindahan pekerti dan akhlak Rasulullah SAW yang tidak pernah mencela, memfitnah atau memaki hamun sesiapa adalah contoh terbaik untuk dijadikan ikutan.
10 Berita Pilihan - (27 September 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kuasa legislatif berperanan bantu kukuhkan hubungan diplomasi Malaysia
Parlimen Malaysia sebagai bidang kuasa legislatif turut mempunyai peranan besar dalam memperkukuh dan menyuburkan hubungan diplomasi Malaysia dengan negara luar.

JPJ Perak keluarkan 10,568 saman dalam operasi khas motosikal
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak mengeluarkan 10,568 notis saman dalam Operasi Khas Motosikal 2023 bermula awal bulan ini.

Iran lancar satelit Noor-3 ke orbit di tengah ketegangan dengan AS
Bahagian aeroangkasa Pengawal Revolusi Iran (IRGC) telah melancarkan Noor-3 menggunakan roket Qassed.

Umar mahu kekal momentum rekod kebangsaan di Hangzhou
Umar nyatakan hasrat untuk mencapai sasaran masa di bawah 46 saat sekali gus berada dalam kelompok lapan terbaik temasya berkenaan.
AWANI 7:45 [27/09/2023] - Desas-desus rombakan Kabinet | Mangsa banjir di Kedah meningkat
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Rombakan Kabinet, hanya desas-desus atau benar-benar akan berlaku?
Sukan pelayaran tuai emas pertama negara di Sukan Asia Hangzhou
Kerajaan persiapkan aset, tingkat siap siaga hadapi gelombang banjir
100 maut dalam kejadian kebakaran di majlis perkahwinan
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Rombakan Kabinet, hanya desas-desus atau benar-benar akan berlaku?
Sukan pelayaran tuai emas pertama negara di Sukan Asia Hangzhou
Kerajaan persiapkan aset, tingkat siap siaga hadapi gelombang banjir
100 maut dalam kejadian kebakaran di majlis perkahwinan
#AWANInews
AWANI Ringkas: Rombakan Kabinet | Tidak perbincangan | Hadapi banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Hasil Perbendaharaan AS naik, ringgit ditutup rendah cecah 4.70
Pada 6 petang, ringgit turun ke paras 4.7055/7105 berbanding dolar AS daripada 4.6875/6915 pada akhir urus niaga semalam.

Johor cari kaedah tangani isu kekurangan bekalan BPT - MB
Walaupun bekalan beras dan barang keperluan asas bukan di bawah kawalan kerajaan negeri, namun ia menjejaskan kesejahteraan penduduk Johor.

Tiada isu kestabilan politik, ini masa sesuai melabur di Malaysia - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kepada pelabur asing dan peneraju industri dari rantau Asia bahawa isu kestabilan politik di Malaysia tidak berbangkit ketika ini.

Sabah perlu kestabilan politik, perpaduan bagi pastikan kemajuan negeri - Agong
Sabah memerlukan kestabilan politik dan perpaduan yang kukuh dalam kalangan rakyat bagi memastikan negeri ini maju, titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Politik tidak akan stabil selagi Melayu tak bersatu - Annuar
Melayu sebagai kaum majoriti mesti menjadi teras atau tapak utama dalam landskap politik Malaysia yang mempunyai kuasa dominan.

Islam perlu memimpin jamin kestabilan, keamanan rakyat - Hadi Awang
Orang Islam perlu menjadi pemimpin dalam usaha menjamin kestabilan serta keamanan kepada rakyat di negara ini.

Saling hormat, kerjasama penting kukuhkan pentadbiran kerajaan negeri - Aminuddin
Aminuddin berkata perkara tersebut penting bagi memperkukuh kerajaan Negeri Sembilan sekali gus mengelakkan perkara yang meruntuhkan kestabilan negeri dan kesejahteraan hidup rakyat.

Jalin perjanjian damai antara parti selepas PRN demi kestabilan politik - BERSIH
Ia penting bagi kedua-dua belah pihak menyusun satu perjanjian yang serupa dengan memorandum persefahaman kerajaan dan pembangkang pada 2021.

Karnival Kita MADANI perlu dianjurkan di peringkat akar umbi - Shamsul Anuar
Penganjuran karnival itu perlu diteruskan supaya gagasan Malaysia MADANI dapat difahami secara mendalam oleh setiap lapisan rakyat.

Kestabilan politik Malaysia penting bagi depani situasi di Asia Pasifik - Menteri Pertahanan
Kestabilan politik adalah penting kerana pembangunan keupayaan pertahanan negara mengambil tempoh masa yang panjang

'Pembangkang perlu berubah, jangan hanya cabar keabsahan, kritik kerajaan semata-mata'
Pembangkang harus memberi nilai tambah kepada perdebatan dalam Dewan Rakyat dengan mengangkat isu dasar dengan lebih berstruktur.

Hentikan sokongan melalui SD, tambah baik keadilan jenayah babit VIP - Undi18
Hentikan sistem sokongan berdasarkan kepada Akuan Bersumpah (SD) dan menambahbaik keadilan jenayah yang melibatkan individu berprofil tinggi.