awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada perubahan dalam pemilikan ntv7 - Media Prima

Bernama
Bernama
16/02/2021
20:50 MYT
Tiada perubahan dalam pemilikan ntv7 - Media Prima
Tiada perubahan kepada pemilikan saluran televisyen Media Prima Berhad di bawah Rangkaian Televisyen Media Prima, iaitu Natseven TV Sdn Bhd (ntv7).
KUALA LUMPUR:Tiada perubahan kepada pemilikan saluran televisyen Media Prima Berhad di bawah Rangkaian Televisyen Media Prima, iaitu Natseven TV Sdn Bhd (ntv7).
Media Prima dalam kenyataan malam tadi memaklumkan ia juga tidak berhenti operasi seperti tanggapan dan laporan sesetengah pihak susulan berita pelancaran DidikTV Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) (DidikTV KPM) hari ini.
BACA: Selamat tinggal ntv7, anda akan dirindui, kata warga maya
“DidikTV KPM merupakan kolaborasi komersial strategik antara Media Prima dan KPM dalam meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti bagi semua murid di seluruh negara melalui capaian luas Media Prima dalam negara dan keupayaannya dalam menerbitkan kandungan berkualiti.
BACA: DidikTV mampu bantu selesaikan masalah PdPR - PIBGN
Pendidikan | KPM perkenal DidikTV KPM mulai 17 Feb
“DidikTV KPM akan menyiarkan kandungan pengajaran dan pembelajaran (PdP) berteraskan kurikulum dan kokurikulum KPM, di samping program berkaitan pendidikan termasuk kandungan didik hibur,” katanya.
BACA: KPM perkenal DidikTV KPM mulai 17 Feb
Media Prima berkata DidikTV KPM juga akan memaparkan kandungan yang memperkasakan budaya ilmu, menerapkan nilai-nilai murni dan mewujudkan platform bagi masyarakat berinformasi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ntv7
#Natseven TV Sdn Bhd
#Media Prima
#saluran televisyen
#berhenti operasi
#DidikTV
#pengajaran dan pembelajaran
#pdp
#Kementerian Pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan