awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPM perkenal DidikTV KPM mulai 17 Feb

Astro Awani
Astro Awani
12/02/2021
12:05 MYT
KPM perkenal DidikTV KPM mulai 17 Feb
DidikTV KPM akan bersiaran dari jam 7 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari termasuk di Tutor TV ASTRO, saluran 147. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR:Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memperkenalkan saluran khusus TV Pendidikan yang dikenali sebagai DidikTV KPM mulai 17 Februari ini.
Ia akan bersiaran dari jam 7 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari termasuk di Tutor TV ASTRO, saluran 147.
KPM dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan majlis pelancaran saluran berkenaan akan disempurnakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, jam 8 pagi hari pertama siaran.
Menurut KPM, inisiatif mewujudkan saluran khusus itu adalah usaha berterusan kementerian dalam meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti untuk semua murid di seluruh negara.
"Sebelum ini, KPM telah menyediakan program TV Pendidikan selama 11 jam melalui TV Okey RTM, Tutor TV ASTRO dan DidikTV@ntv7.
"Kini, buat pertama kalinya, KPM memperkenalkan saluran khusus TV Pendidikan secara terestrial dengan pengisian dari jam 7 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari.
"DidikTV KPM akan menyiarkan program yang diterbitkan khusus dengan berteraskan kurikulum dan kokurikulum KPM," menurut kenyataan berkenaan.
Saluran DidikTV KPM itu merupakan platform memperkasa budaya ilmu, menerapkan nilai-nilai murni dan mewujudkan masyarakat berinformasi.
"Saluran ini juga akan menyiarkan berita mengenai dunia pendidikan, program bercorak didik hibur (edutainment) serta kandungan yang dihasilkan oleh murid.
"Selain itu, program antarabangsa yang bersesuaian akan turut disiarkan," kata KPM
Selain saluran 147 di ASTRO, DidikTV KPM boleh ditonton menerusi saluran 107 di MYTV dan saluran ntv7 di TV UNIFI.
Bagi set TV Digital Bersepadu (iDTV) yang menggunakan antena, carian saluran DidikTV KPM boleh dilakukan menerusi penalaan automatik.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Kementerian Pendidikan
#pendidikan
#Tutor TV
#Astro Tutor TV
#didik tv
#DidikTV KPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan