Perancis menyokong pendekatan tiada sekatan dan tiada diskriminasi terhadap minyak sawit di peringkat nasional dan di peringkat Kesatuan Eropah (EU), kata seorang menteri Perancis pada Isnin.
Menteri Pertahanan Perancis, Florence Parly memberitahu demikian kepada Datuk Seri Najib Razak apabila beliau bertemu dengan Perdana Menteri di pejabat beliau di Putrajaya pagi semalam.
"Beliau (Najib) membangkitkan soal minyak sawit dan saya memberitahu beliau bahawa kerajaan Perancis memahami sepenuhnya kepentingan minyak sawit bagi ekonomi Malaysia terutama bagi pembangunan luar bandar.
"Beliau memberitahu Najib bahawa Malaysia boleh mengharapkan sokongan Perancis dalam isu ini dan menyifatkan pertemuan dengan Perdana Menteri sebagai amat berhasil dalam dalam konteks membincangkan semua isu."
Parly berkata demikian semasa sidang media bersama dengan rakan sejawatannya dari Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Hussein selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pertahanan Bersama Malaysia-Perancis (DJHSC) Ke-4 di Wisma Perwira, di sini pada Isnin.
Parly berkata Perancis ingin bekerjasama dengan negara-negara pengeluar bagi menggalakkan kemampanan dalam sektor ini demi memanfaatkan semua pihak dan dalam semangat dialog dan kerjasama penuh.
Resolusi oleh Parlimen EU pada 17 Jan melalui Arahan Tenaga Boleh Diperbaharui, menghendaki hanya minyak sawit yang dihasilkan melalui kaedah kemampanan boleh diimport ke pasaran EU selepas 2020.
Menyentuh perkara lain, Parly berkata Perancis dan Malaysia sama-sama melahirkan kebimbangan mengenai ancaman terhadap order global termasuk keganasan, cabaran kepada undang-undang laut antarabangsa dan pertahanan siber.
Menurut Parly, kedua-dua negara juga berkongsi visi tentang bagaimana untuk menangani cabaran-cabaran ini, memupuk kerjasama antarabangsa, multilateralisme dan dialog antara pihak-pihak.
Beliau berkata kerjasama ketenteraan Malaysia dan Perancis adalah kukuh dan pelbagai sambil menambah latihan peperangan anti kapal selam baru-baru ini antara kapal pembinasa Perancis, "Auvergne" dan kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Tun Razak mempamerkan bukan sahaja kemahiran luar biasa dan profesionalisme TLDM tetapi juga kerjasama peringkat tinggi antara kedua-dua tentera laut.
"Malaysia ialah satu-satunya rakan kami di rantau ini yang kami menjalankan latihan sedemikian pada masa ini. Latihan tersebut telah diadakan sebanyak dua kali dalam tempoh dua tahun yang lalu," kata Parly.
Selain itu, Parly berkata misi latihan skuadron sekolah Tentera Laut Perancis, "Jeanne d' Arc" akan melawat Malaysia tahun ini selain menawarkan peluang-peluang baharu untuk angkatan tentera mereka mengadakan latihan dua hala.
Sementara itu, Hishammuddin berkata kedua-dua mereka bersetuju untuk mengukuhkan kerjasama tentera dengan tentera melalui latihan dua hala dan interaksi dari semasa ke semasa.
Beliau berkata,oleh kerana kedua-dua negara mempunyai kepentingan bersama dan menghadapi isu-isu yang sama, pertukaran antara kedua-dua anggota angkatan tentera adalah penting untuk meningkatkan keupayaan dan mempertingkatkan saling kebolehoperasian.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 29 2018
Parly dan Hishammuddin bertukar-tukar minit mesyuarat semasa mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pertahanan Bersama Malaysia-Perancis ke-4 di Wisma Perwira pada Isnin. --fotoBERNAMA
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Borrell gesa tekanan global ke atas Israel untuk gencatan senjata dengan Hezbollah
Menurut Borrell, tiada sebab untuk Israel menolak perjanjian semasa yang sedang dipertimbangkan, yang memberi semua jaminan keselamatan yang diperlukan.
EU terkejut dengan serangan udara terbaharu Israel di selatan, timur Lubnan
Pesawat tempur Israel pada awal pagi Khamis melancarkan beberapa siri serangan udara di seluruh Lubnan.
Ahli Parlimen EU protes terhadap Israel di sesi Parlimen dengan kod QR di baju
Della Valle kesal tindakan Israel menyerang pasukan UNIFIL tidak dikutuk oleh Kesatuan Eropah (EU).
Brussels umum undang-undang baharu usir migran tanpa hak untuk tinggal
"Dasar imigresen EU hanya boleh mampan jika mereka yang tidak mempunyai hak untuk tinggal di EU dikembalikan dengan berkesan."
Berdepan bantahan keras, EU tangguh peraturan penebangan hutan
Tindakan itu mencetuskan bantahan serta-merta daripada kumpulan alam sekitar yang memuji undang-undang itu sebagai satu kejayaan besar.
Agensi EU: Lebih 500,000 permohonan suaka pada separuh pertama 2024
Dari Januari hingga akhir Jun, Agensi Kesatuan Eropah bagi Suaka yang berpangkalan di Malta mencatatkan sejumlah 513,000 permohonan baharu.
Kemungkinan didenda, industri kereta EU keluarkan amaran jutaan pekerjaan terancam
Jutaan pekerjaan terancam berikutan kemungkinan pengeluar dikenakan denda peraturan iklim.
Congo terima kumpulan pertama vaksin mpox
Pesawat yang membawa dos vaksin dihasilkan oleh Bavarian Nordic dan disumbangkan EU itu tiba di ibu negara Kinshasa.
Malaysia sedia sambung semula rundingan FTA dengan EU - Tengku Zafrul
Malaysia secara rasminya bersedia untuk menyambung semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan Kesatuan Eropah (EU) bagi memuktamadkan perjanjian tersebut, kata Tengku Zafrul.
EU pindahkan 1.5 bilion euro aset Rusia yang dibekukan ke Ukraine
Kesatuan Eropah (EU) mengumumkan telah memindahkan aset Rusia yang dibekukan bernilai 1.5 bilion euro kepada Ukraine.