awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada unsur perkauman dalam Bajet 2022 - PM

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
03/11/2021
05:51 MYT
Tiada unsur perkauman dalam Bajet 2022 - PM
Menurut Perdana Menteri, semua kekeliruan mengenai Bajet 2022 tersebut akan dijawab oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Parlimen termasuk pada sesi penggulungan Bajet 2022 nanti. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyangkal dakwaan Ahli Parlimen Subang daripada PKR, Wong Chen yang mendakwa Bajet 2022 yang dibentangkan di Parlimen Jumaat lalu mempunyai unsur perkauman.
Jelas beliau, kenyataan Wong Chen itu bermungkinan kerana Ahli Parlimen berkenaan gagal memahami dan membaca keseluruhan isi kandungan Bajet 2022 yang dibentangkan.
“Macam mana pulak unsur perkauman? Saya ingat dia tidak faham pasal bajet bila dia tak baca. Saya sudah umumkan untuk Kampung Baru Cina ada, untuk masyarakat India ada, saya sebut semua sekali.
“Bajet ini inklusif semua sekali. Malah kita sebut satu persatu, untuk kaum Cina apa dia, untuk kaum India apa dia, untuk Orang Asli apa dia, untuk Sarawak apa dia, terperinci satu persatu. Jadi mungkin dia tak baca, itu yang dia tidak faham, “ jelas beliau pada sidang media pada Rabu.
Bajet 2022 | Tiada unsur perkauman dalam Bajet 2022
Apapun jelas beliau lagi, semua kekeliruan mengenai Bajet 2022 tersebut akan dijawab oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Parlimen termasuk pada sesi penggulungan Bajet 2022 nanti.
Bajet 2022 telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan di Parlimen pada Jumaat lalu dengan menyaksikan perbelanjaan terbesar dalam sejarah dengan peruntukan berjumlah RM332.1 bilion.
BACA: Bajet 2022: Kerajaan bentang belanjawan berjumlah RM332.1 bilion, tertinggi dalam sejarah
Topic Berkaitan
#bajet 2022
#Perdana Menteri
#ismail sabri yaakob
#Wong Chen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan