Skip to main content

Hiburan

Miley Cyrus, Maxx Morando sah bergelar suami isteri dalam majlis tertutup di California

Cyrus mengesahkan pertunangan pada Disember lalu selepas dilamar Morando ketika bercuti di Kyoto, Jepun.
Cyrus mengesahkan pertunangan pada Disember lalu selepas dilamar Morando ketika bercuti di Kyoto, Jepun.

Ringkasan AI

  • Miley Cyrus dan Maxx Morando selamat melangsungkan perkahwinan dalam majlis tertutup di Palm Springs, California pada Sabtu.
  • Majlis perkahwinan dihadiri keluarga terdekat termasuk ibu dan adik Cyrus, serta dikendalikan oleh Wayne Coyne dari The Flaming Lips.
  • Cyrus mengesahkan pertunangan pada Disember lalu selepas dilamar Morando ketika bercuti di Kyoto, Jepun.
Advertisement

PALM SPRINGS: Penyanyi Amerika Syarikat, Miley Cyrus, dilapor selamat melangsungkan perkahwinan dengan pemuzik Maxx Morando dalam majlis tertutup di Palm Springs, California pada Sabtu.

Foto perkahwinan pasangan itu menunjukkan majlis berkenaan berlangsung di tepi kolam renang dengan kedua-duanya berdiri di bawah gerbang yang dihiasi bunga putih, manakala upacara ikrar perkahwinan dikendalikan oleh vokalis kumpulan The Flaming Lips, Wayne Coyne.

Menurut laporan Entertainment Tonight, ibu Cyrus, Tish Cyrus, serta adiknya, Noah Cyrus, turut menghadiri majlis berkenaan bersama ahli keluarga dan kenalan rapat.

Advertisement

Pemenang Anugerah Grammy itu mengenakan gaun satin putih berlengan panjang selepas mengesahkan pertunangannya dengan Morando menerusi program televisyen Amerika Syarikat, Good Morning America, pada Disember tahun lalu.

Sebelum ini, Cyrus mendedahkan Morando melamarnya ketika mereka bercuti di Kyoto, Jepun.

Advertisement

Menurut beliau, lamaran itu menjadi detik yang tidak dijangka walaupun dirinya sering merancang dan mengawal pelbagai perkara dalam kehidupan.

"Saya bukan seorang yang mudah dikejutkan kerana saya suka mengawal setiap situasi, namun ketika itu saya benar-benar terkejut," katanya.

Sementara itu, Morando dalam temu bual bersama majalah Wonderland berkata beliau terpaksa merahsiakan rancangan lamaran itu sehingga penghujung percutian mereka bagi memastikan Cyrus tidak menghidu perancangannya lebih awal.

Must Watch Video

Advertisement