awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permohonan Dana Inovasi Media Fasa 1 dibuka
'Papa Zola The Movie' terus dominasi, RM50 juta dalam 22 hari
Pemain biola AS saman Will Smith atas dakwaan gangguan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TM diiktiraf antara syarikat terbaik untuk bekerja di Asia 2020

Bernama
Bernama
14/04/2021
10:40 MYT
TM diiktiraf antara syarikat terbaik untuk bekerja di Asia 2020
TM turut terima Anugerah WeCare: Syarikat Paling Prihatin HR Asia 2020 bagi inisiatif dan tindakan syarikat melindungi keselamatan dan memastikan kebajikan pekerja sepanjang pandemik COVID-19. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia Bhd (TM) dinobatkan sebagai antara Syarikat Terbaik untuk Bekerja di Asia 2020 (edisi Malaysia) oleh Anugerah HR Asia berikutan usaha cemerlang menjaga kebajikan para pekerja.
TM turut menerima kejayaan berganda apabila meraih Anugerah WeCare: Syarikat Paling Prihatin HR Asia 2020 bagi inisiatif dan tindakan syarikat melindungi keselamatan dan memastikan kebajikan pekerja sepanjang pandemik COVID-19.
Dalam kenyataan pada Rabu, Pemangku Ketua Pegawai Modal Insannya, Norhamijah Mohd Hanafiah berkata, TM menghargai kejayaan merangkul bukan satu tetapi dua anugerah yang mengiktiraf kecemerlangan pengurusan modal insan.
“Kami juga sedar bahawa warga TM adalah daya pemacu kejayaan dan pendorong syarikat untuk berfungsi sepenuhnya serta ke arah transformasi.
"Semua pengiktirafan ini adalah dedikasi terhadap kerja keras dan kesungguhan pekerja memberikan yang terbaik kepada para pelanggan kami, masyarakat dan negara terutamanya ketika waktu mencabar ini,” katanya.
Menurut Norhamijah, bagi memastikan memastikan kebajikan terbaik untuk para pekerja, TM kini dalam proses menyusun semula tenaga kerja bagi mengamalkan budaya kerja secara tangkas dengan kemahiran persediaan masa hadapan ke arah memacu Digital Malaysia.
"Ini selaras dengan sokongan kami terhadap inisiatif-inisiatif pembinaan negara oleh kerajaan seperti MyDIGITAL dan pelan-pelan rangsangan yang lain bagi memacu pemulihan dan pertumbuhan sosioekonomi ketika pandemik dan tempoh seterusnya,” katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Telekom Malaysia
#TM
#syarikat terbaik
#Asia 2020
#Anugerah HR Asia
#Anugerah WeCare
#Syarikat Paling Prihatin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan