KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia Bhd (TM) telah mengeluarkan notis penamatan kepada Digital Nasional Bhd (DNB), berkuat kuasa serta-merta, selaras dengan terma perjanjian langganan saham (SSA) untuk melanggan 20 peratus kepentingan ekuiti dalam DNB.
Ini berikutan tarikh lanjutan untuk memenuhi semua syarat duluan (CP) di bawah SSA telah luput, katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
Penamatan SSA itu dijangka tidak memberi kesan ketara ke atas pendapatan, aset bersih dan gearan Kumpulan TM bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2023.
"Pelanggan TM akan terus menikmati perkhidmatan dan penyelesaian 5G kerana perjanjian akses borong 5G dengan DNB kekal utuh," katanya.
Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, TM sedang menantikan proses serta perbincangan seterusnya dengan kerajaan termasuk industri mengenai penyertaan 5G merentasi Fasa 1 (ke arah 80 peratus liputan perkhidmatan oleh DNB) dan Fasa 2 (peralihan kepada dua rangkaian) seperti yang diumumkan pada 3 Mei lepas.
"TM komited untuk terus memainkan peranan aktif dalam pelaksanaan 5G, memanfaatkan infrastruktur fiber di seluruh negara, platform digital yang luas (pusat data, nod tepi) dan pengalaman pelancaran.
"Kami komited untuk membentuk Malaysia Digital melalui teknologi yang memperkasakan komuniti, perniagaan dan kerajaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 10 2023
Telekom Malaysia Bhd (TM) telah mengeluarkan notis penamatan kepada Digital Nasional Bhd (DNB), berkuat kuasa serta-merta, selaras dengan terma perjanjian langganan saham (SSA) untuk melanggan 20 peratus kepentingan ekuiti dalam DNB. - BERNAMA
Polis rampas dadah lebih RM2.3 juta, lelaki tempatan ditahan
Polis Johor merampas dadah bernilai lebih RM2.3 juta dalam dua serbuan berasingan di sekitar kawasan Johor Bahru Selatan pada Rabu lalu.
Waspada ejen nikah Siam
Konsulat Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi menasihat rakyat Malaysia yang ingin berkahwin di Selatan Thailand supaya waspada dalam pemilihan ejen.
Twincity Marathon rai golongan OKU
Perbezaan fizikal tidak melunturkan semangat golongan orang kurang upaya (OKU) untuk menyertai acara larian Twincity Marathon sejauh lima kilometer (km) di Cyberjaya hari ini.
Bersatu serah notis kepada enam ahli Parlimen selepas PRK Kuala Kubu Bharu - Hamzah
Bersatu akan mengeluarkan notis berhubung status kedudukan enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas PRK Kuala Kubu Bharu.
Kemarau: Beting pasir seluas padang bola timbul di Sungai Kelantan
Beting pasir tersebut mula kelihatan sejak pertengahan Ramadan lepas dan saiznya semakin besar dari sehari ke sehari.
Dhobi Ghat Pulau Pinang: Daerah dobi terakhir di Malaysia
Terletak di antara Jalan Air Hitam dan Jalan York, Dhobi Ghat di Pulau Pinang itu telah wujud sejak awal 1800-an.
KBS sasar 8,880 individu sertai KLAS Renang tahun ini
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan sebanyak 8,880 individu menyertai Program Kemahiran Latihan Asas Sukan Renang (KLAS Renang) di seluruh negara tahun ini.
Penyu PD pulang bertelur, orang ramai jangan buat kacau ganggu
Selepas menemui 159 telur penyu karah di Pantai Tanjung Gemok Port Dickson, pada Jumaat, kini sebanyak 117 telur penyu agar pula ditemui pada Sabtu.
Che'gubard direman dua hari
Che'gubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin ditahan reman dua hari bagi membantu siasatan berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City.
Buletin AWANI Khas: Mesyuarat khas WEF di Arab Saudi, PM Anwar & Pemimpin dunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucapan dalam Sidang Plenari Pembukaan Mesyuarat Khas World Economic Forum (WEF) di Arab Saudi. Ikuti analisis menyeluruh bersama Penganalisis Ekonomi, Fithra Faisal Hastiadi; Ketua Pengarang Astro AWANI, @AshwadIsmail; dan Pengarang Niaga AWANI, @NajibAroff #BuletinAWANIKhas
Curi kabel TM: Lari dari polis, lelaki cedera, rakan larikan diri
Suspek yang ditahan merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia 58 tahun.
SST 8 peratus hanya untuk beberapa perkhidmatan Unifi - TM
Kadar SST bagi kandungan Unifi TV yang menjadi pelengkap atau tambahan kepada perkhidmatan telekomunikasi kekal pada enam peratus.
Kecurian cip elektronik TM, lapor segera jika lihat aktiviti meragukan
Polis memohon bantuan orang awam untuk segera membuat laporan jika melihat aktiviti meragukan di peti kabinet milik Telekom Malaysia (TM) di sekitar daerah Lipis, dekat sini.
Empat anggota polis ditahan subahat curi kabel
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kesemua anggota polis yang bertugas di unit kereta peronda (MPV) itu ditahan pada 19 September lalu.
Semua tabika KEMAS bakal dilengkapi kemudahan internet - Rubiah
KEMAS jalin kerjasama strategik dengan Telekom Malaysia bagi menyediakan kemudahan internet di semua tabika KEMAS.
#OwnTheNight Live Unstoppable dengan UNI5G semarak potensi waktu malam anak muda
Seiring dengan pelancaran Pas Larut Malam Tanpa Had yang menyediakan data 4G5G dari 2 pagi hingga 8 pagi hanya pada RM3.
TM tawar produk lebih berdaya saing, sokong inisiatif kerajaan
Tawaran itu bertujuan untuk menambah nilai kepada pengguna seperti menambah lebih banyak kandungan untuk pelanggan.
Polis tahan empat lelaki disyaki curi kabel TM
Polis menahan tiga lelaki di Gerik, dan seorang lagi di Sungai Petani, Kedah, yang dipercayai terlibat dengan kegiatan mencuri kabel Telekom Malaysia (TM).
Notis penamatan perolehan SSA TM dalam DNB tidak beri kesan pelaksanaan 5G - Fahmi
Fahmi berkata setakat 30 April lepas, pelaksanaan rangkaian 5G di negara ini telah mencapai tahap 61.7 peratus.
TM keluar notis penamatan berhubung perolehan SSA ke atas kepentingan dalam DNB
Ini berikutan tarikh lanjutan untuk memenuhi semua syarat duluan (CP) di bawah SSA telah luput.