awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TNB ceburi pembangunan ladang solar di United Kingdom

Bernama
Bernama
22/12/2022
01:00 MYT
TNB ceburi pembangunan ladang solar di United Kingdom
Ketika ini, sebanyak 288 panel solar PV telah dipasang di kolam pembuangan abu dasar di Manjung, Perak. - Foto Twitter/TNB
KUALA LUMPUR: Vantage RE Ltd, anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah memeterai kontrak dengan BELECTRIC GmbH bagi pembangunan greenfield serta pentauliahan ladang solar berkapasiti 102-megawatt (MW) di United Kingdom (UK).
Dalam satu kenyataan, TNB berkata kontrak kejuruteraan, perolehan dan pembinaan itu turut merangkumi pilihan membangunkan sistem penyimpanan tenaga bateri berkapasiti 65MW yang boleh meningkatkan aliran pendapatan menerusi penyertaan dalam perkhidmatan sampingan serta pasaran kapasiti berkaitan.
"Pelaburan ini memaparkan satu pencapaian bermakna untuk TNB dalam usahanya mengembangkan lagi pembangunan tenaga boleh baharu di UK," katanya.
Sementara itu, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Baharin Din menyifatkan pelaburan tersebut telah meningkatkan lagi kapasiti tenaga boleh baharu syarikat berkenaan di UK kepada 632MW -- pertumbuhan signifikan sebanyak 61 peratus dalam MW sejak pelancaran Vantage RE pada Julai 2021.
"Bagi tempoh sehingga suku ketiga 2022), sumbangan pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) daripada portfolio tenaga boleh baharu kami di UK telah meningkat sebanyak 31.7 peratus tahun ke tahun kepada GBP55.6 juta (GBP1=RM5.38), sekali gus menunjukkan prestasi kewangan yang baik secara berterusan menerusi pendekatan pengurusan aset TNB yang aktif," katanya.
Dalam pada itu, syarikat utiliti tenaga tersebut berkata ladang-ladang solar itu dijangka mencapai Tarikh Operasi Komersial menjelang suku pertama 2024.
"Ladang yang akan dibina di dua tapak, akan menyumbang pendapatan jangka panjang yang stabil di bawah kontrak 15 tahun bagi skim subsidi Contract For Difference yang diperoleh pada Julai 2022," katanya.
Malah, TNB juga menyifatkan kedua-dua tapak itu menawarkan peluang bagi inisiatif alam sekitar dalam usaha menggalakkan aspek keuntungan bersih biodiversiti dan menyokong agendanya yang lebih meluas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TNB
#United Kingdom
#ladang solar
#pelaburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan