BISNES
TNB lanjutkan kontrak Azman sebagai Presiden, CEO

Kontrak baharu Datuk Seri Azman Mohd akan berkuat kuasa 1 Julai 2018 hingga 30 Jun 2020. - Foto: TNB
Tenaga Nasional Bhd (TNB) melanjutkan kontrak perkhidmatan Datuk Seri Azman Mohd sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi tempoh dua tahun lagi.
Kontrak itu akan berkuat kuasa 1 Julai 2018 hingga 30 Jun 2020, menurut TNB dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Jumaat.
Azman dilantik sebagai Presiden dan CEO syarikat utiliti tenaga itu sejak 1 Julai 2012.
Pada Mac 2015, beliau memperolehi lanjutan tempoh selama tiga tahun lagi sehingga 30 Jun 2018 sebagai presiden dan CEO TNB. -- Bernama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami