KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah menjalin kerjasama strategik dengan Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) bagi membekalkan bekalan elektrik bervoltan tinggi kepada tiga stesen suis utama di sepanjang Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Shah Alam.
Dalam kenyataan bersama semalam, kedua-dua syarikat berkata kerjasama tersebut akan bermula pada akhir 2022.
Menurut kenyataan itu, LRT Laluan Shah Alam yang dahulunya dikenali sebagai LRT3 dijangka beroperasi serta dibuka kepada orang ramai menjelang 2025.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TNB Datuk Baharin Din berkata syarikat utiliti itu bersedia memberi kerjasama kepada Prasarana dalam membangunkan lagi industri pengangkutan di Malaysia, terutamanya dari segi menyediakan bekalan elektrik berdaya harap dan stabil kepada bekalan rel sepanjang LRT Laluan Shah Alam.
"TNB telah beriltizam untuk menyegerakan peralihan tenaga yang merangkumi usaha meningkatkan nilai perusahaan portfolio penjanaan, memperluas fokus pasaran untuk mengembangkan portfolio tenaga boleh baharu, pelaburan untuk grid masa depan dan pembangunan ekosistem kenderaan elektrik," katanya.
Sementara itu, Presiden dan CEO Kumpulan Prasarana Mohd Azharuddin Mat Sah berkata kepakaran dan kemampuan TNB untuk menyalurkan bekalan elektrik yang berdaya harap amat kritikal dalam memastikan Prasarana mampu melaksanakan mandat pengangkutan awam organisasi itu.
"Projek LRT Laluan Shah Alam merupakan sebahagian daripada Pelan Bersepadu Pengangkutan Awam untuk Greater Klang Valley dan Prasarana diberi mandat untuk memberi kemudahan dan mengetengahkan serta menerapkan sistem pengangkutan awam darat yang terancang, selamat, responsif, efisien dan mampan," katanya.
Majlis Penyerahan Perjanjian Pembekalan Elektrik diadakan pada bulan lepas.
Menurut kenyataan itu, jajaran LRT Laluan Shah Alam sepanjang 37.8 kilometer (km) menyasarkan jaringan perhubungan untuk dua juta penduduk di Koridor Barat Lembah Klang iaitu dari Bandar Utama ke Johan Setia, Klang melalui tiga kawasan pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Shah Alam dan Majlis Perbandaran Klang.
Sebanyak 20 stesen termasuk dua stesen integrasi MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang di Bandar Utama serta stesen integrasi LRT Kelana Jaya di Stesen Glenmarie 2 merangkumi jajaran itu, katanya.
Selain itu, menurut kedua-dua pihak, projek tersebut berjaya mewujudkan peluang pekerjaan sepenuh masa kepada lebih 5,900 orang pekerja.
Sejak 1996, TNB telah menyediakan bekalan elektrik bervoltan tinggi kepada Prasarana untuk LRT 1 (Laluan Ampang dan Sri Petaling) sepanjang 45 km dengan bekalan 29.32 megawatt (MW), LRT2 atau Laluan Kelana Jaya (46.4 km, 58.35 MW) sejak 1997 dan monorel (8.6 km, 7.16 MW) sejak 2001.
Sejak 2016 pula, TNB menyediakan bekalan elektrik kepada MRT1 atau Laluan Kajang sepanjang 51 km untuk bekalan elektrik 80.6 MW dan MRT2 atau Laluan Putrajaya (57.7 km, 36.81 MW) sejak 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 03 2022
Sebanyak 20 stesen termasuk dua stesen integrasi MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang di Bandar Utama serta stesen integrasi LRT Kelana Jaya di Stesen Glenmarie 2 merangkumi jajaran laluan Shah Alam. - Gambar hiasan
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Prasarana diarah kemuka laporan lengkap insiden tayar monorel terbakar - Anthony Loke
Prasarana diarah supaya mengemukakan laporan penuh berhubung insiden tayar monorel terbakar dan terjatuh di atas jalan raya di laluan Stesen Monorel Titiwangsa pada Selasa.
Penggunaan pengangkutan awam meningkat, purata 1.1 juta pengguna sehari - Prasarana
Perkhidmatan Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) merangkumi LRT, MRT dan Monorel mencatatkan purata penggunaan harian sebanyak 835,119.
PRU15: Tambang percuma pada hari mengundi esok - Prasarana
Tambang percuma itu meliputi perkhidmatan Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan merangkumi LRT, MRT, Monorel, Transit Aliran Bas atau bas henti-henti.
Gangguan perkhidmatan LRT: Pampasan dalam bentuk pelanjutan tempoh sah laku pas
Tempoh sah laku akan dilanjutkan, berapa lama bergantung kepada pengurusan Prasarana.
Banjir: Jumlah kerugian Taman Pertanian Negeri Sekayu mencecah RM1 juta
Banjir kali ini adalah yang paling teruk pernah berlaku menyebabkan kemusnahan terhadap beberapa prasarana.
Pasukan penyiasat JKKP mulakan siasatan segera tapak projek LRT3 - KSM
KSM telah mengarahkan pasukan pegawai penyiasat JKKP Wilayah Persekutuan serta JKKP Selangor memulakan siasatan segera susulan insiden runtuhan perancah besi di LRT3 di Bandar Bukit Tinggi, Klang.
Ditamat perkhidmatan, Tajuddin ucap 'terima kasih'
Tajuddin berkata, beliau telah menerima surat penamatan khidmatnya daripada Tengku Zafrul petang Rabu.
PRN Sabah: Sepak, tukar sahaja jika tidak laksana tanggungjawab - Bung Moktar
Datuk Seri Bung Moktar Radin menyifatkan semua pemimpin BN perlu melaksanakan amanah diberikan kepada mereka dengan memberi yang terbaik untuk rakyat.
Liga-M perlukan Kelantan saingi JDT - Norizam
Ahli perniagaan itu memasang hasrat besar selepas melengkapkan proses pemilikan bekas juara 'treble' 2012 berkenaan daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) pada Khamis lalu.
Fasiliti kesihatan lengkap penting bagi operasi penjara, pusat tahanan
Langkah meletakkan doktor bertauliah sebagai sebahagian daripada operasi di pusat tahanan adalah baik kerana mereka boleh memberi respons segera.