KUALA LUMPUR: Syarikat tenaga terkemuka Malaysia, Tenaga Nasional Bhd (TNB) komited kepada peralihan tenaga yang pantas dan bertanggungjawab, akan menggantikan 30 peratus daripada kenderaan operasinya kepada kenderaan elektrik (EV) menjelang 2030, berjumlah lebih 1,000 kenderaan.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Seri Baharin Din berkata langkah strategik ini selari dengan aspirasi Malaysia neutral karbon menjelang 2050.
"Dalam langkah penting ke arah merealisasikan komitmen ini, TNB mempercepatkan peralihan kepada EV dengan menggunakan 98 unit baharu merangkumi 78 trak pikap elektrik dan 20 van elektrik.
"Ini menjadikan jumlah keseluruhan EV dalam kumpulan kenderaan operasi TNB kepada 127 buah kenderaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Baharin berkata komitmen besar ini menyumbang secara signifikan kepada sasaran kerajaan untuk mencapai 20 peratus jualan EV menjelang 2030, selaras dengan Dasar Automotif Kebangsaan (NAP) 2020.
Katanya peralihan kepada EV oleh TNB diunjurkan menghasilkan pengurangan tahunan sebanyak 2,200 hingga 4,833 tan karbon dioksida, bersamaan dengan kira-kira 88,000 hingga 193,320 pokok sebagai pengimbang menjelang 2030.
"Manfaat ekonomi daripada inisiatif penggunaan EV oleh TNB adalah besar, dengan jangkaan penjimatan kos antara 35 peratus dan 86 peratus untuk pembaikan dan penyelenggaraan serta 25 peratus hingga 70 peratus kos tenaga lebih rendah berbanding kenderaan bahan api fosil konvensional.
"TNB turut menjangka pengimbangan tahunan kira-kira enam peratus hingga 12 peratus dalam perbelanjaan bahan api fosil," katanya.
Baharin berkata TNB bukan sahaja berdedikasi untuk mempercepatkan penggunaan EV menjelang 2030 tetapi juga memberi tumpuan kepada peningkatan semula kemahiran untuk industri EV, membina infrastruktur pengecasan, menaja kajian berkaitan EV dan memupuk kerjasama dalam kalangan pemain sektor EV.
"Hab Latihan EV TNB, yang ditubuhkan oleh TNB ILSAS, menawarkan peningkatan semula kemahiran untuk industri EV, memfokuskan kepada pengetahuan asas seperti penyimpanan bateri asas dan teknologi EV," katanya, sambil menambah sesi latihannya diperakui oleh badan antarabangsa.
Bagi mengukuhkan ekosistem EV yang semakin berkembang di Malaysia, Baharin berkata TNB merancang untuk memperluas infrastruktur pengecasan EV kepada lebih 500 stesen pengecasan pada 2025 di seluruh negara, sebagai sokongan kepada Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 25 2024
Baharin berkata langkah strategik ini selari dengan aspirasi Malaysia neutral karbon menjelang 2050. - Gambar fail
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara - CIJ
Dalam pada itu, Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail Berkata, pengamal media perlu beroperasi dalam persekitaran yang sangat kondusif serta menekankan falsafah yang mampu meningkatkan kualiti kewartawanan.
Pertumbuhan industri tenaga bersih dijangka kurangkan tumpuan kuasa besar ke atas Syria - Pakar
Pertumbuhan industri kenderaan elektrik (EV) dan tenaga bersih dijangka akan mengurangkan campur tangan kuasa-kuasa besar di Asia Barat secara umum dan Syria khasnya.
Perodua mahu hasilkan 500 unit eMO-II sebulan, sasar EV termurah
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata model EV ini dijangka dijual pada harga antara RM50,000 dan RM90,000 seunit.
Trump calonkan hos Fox News sebagai Setiausaha Pengangkutan
Donald Trump mencalonkan bekas Wakil Wisconsin, Sean Duffy, yang kini merupakan hos Fox News untuk jawatan Setiausaha Pengangkutan.
GV Ride bakal perkenal e-hailing guna EV bermula Disember
Langkah itu merupakan salah satu daripada langkah untuk mempromosikan EV dalam industri e-hailing.
'Pemandu guna EV tidak akan kembali guna petrol'
Ashley berkata, pemandu tidak akan kembali menggunakan kenderaan berkuasa petrol apabila mereka telah beralih kepada EV.
Standard Pertukaran Bateri akan diperkenalkan menjelang akhir tahun - MARii
Standard Pertukaran Bateri atau Battery Swapping Standard dijangka akan dikongsi bersama pemegang taruh berkepentingan pada akhir tahun ini.
Jualan kenderaan elektrik berkuasa bateri melonjak 112 peratus pada separuh 2024
Negara berada di landasan untuk mencapai sasaran 20 peratus jumlah jualan keseluruhan industri (TIV) terdiri daripada EV menjelang 2023.
Dikatakan lebih jimat, lebih lestari, adakah berbaloi pakai EV?
EV mampu menjadi alternatif setara, seiring perkembangan teknologi yang antara lain akan menyaksikan spesifikasi bateri ditawarkan lebih baik.
Jelajah Proton e.MAS 7 bermula 5 Oktober, sasar teraju pasaran EV negara
Proton Holdings Bhd yakin Jelajah Proton e.MAS 7 akan membantu pengeluar kereta nasional itu untuk mencapai matlamat menjadikan Proton e.MAS 7 sebagai EV paling laris di negara ini.
Bidaan nombor plat 'EV' untuk kenderaan ZEV dibuka hari ini
Loke berkata keputusan bidaan nombor plat itu akan diumumkan dalam tempoh 24 jam selepas proses bidaan tamat 10 malam pada 13 Sept.