awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
PM Anwar dukacita insiden pegeboman masjid di Islamabad
Tiga kluster tibi di Kelantan babit sembilan kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tony Fernandes 'kemudi' pengguna aplikasi Waze

Bernama
Bernama
14/09/2016
07:46 MYT
Tony Fernandes 'kemudi' pengguna aplikasi Waze
FERNANDES: Kini, anda boleh menyelami pengalaman itu dan berinteraksi di udara dengan saya sebagai pengawal trafik udara anda. -Gambar fail
Aplikasi pengemudian serta trafik masa sebenar, Waze, kini memaparkan ciri unik menggunakan suara Pengasas/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes bagi membantu penggunanya.
Biarpun lebih sinonim sebagai peneraju syarikat penerbangan tambang rendah itu, sebaliknya di Waze, Fernandes berperanan sebagai jurupandu arah membantu pemandu mengemudi laluan di jalan raya Malaysia.
"Ramai yang bertanyakan saya mengenai perasaan sebagai juruterbang AirAsia. Kini, anda boleh menyelami pengalaman itu dan berinteraksi di udara dengan saya sebagai pengawal trafik udara anda.
"Malah, sepertimana (tugas) pengawal trafik itu, saya juga tidak berani berjanji mengenai kesesakan (yang berlaku). Namun, apa yang saya dapat janjikan adalah membantu anda menggunakan laluan paling cepat dan kurang membosankan," kata Fernandes dalam satu kenyataan, hari ini.
Sementara itu, Pengurus Jualan Waze Malaysia, Edward Ling berkata pihaknya teruja untuk mengetengahkan ciri suara Fernandes bagi mengemudi 'Wazers' atau pengguna kemudahan itu di sepanjang laluan mereka.
"Penggunaan suara itu adalah antara ciri paling popular yang kami paparkan. Malah, usaha menghidupkan satu-satu jenama itu dari perspektif sebagai pemandu adalah satu pengalaman yang menarik.
"Paparan suara Fernandes itu kini menjadikan beliau sebagai pembantu anda bagi sebarang laluan, seolah-olah anda mengemudi pesawat sambil memandu," kata Ling.
Topic Berkaitan
#AirAsia
#Edward Ling
#jurupandu arah
#Tony Fernandes
#waze
#wazer
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan