awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Letupan masjid di Nigeria ragut tujuh nyawa
Sean ‘Diddy’ Combs fail rayuan mohon dibebaskan segera dari penjara
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Top Glove ulangi komitmen kerjasama rapat dengan kastam Amerika Syarikat

Bernama
Bernama
13/05/2021
22:20 MYT
Top Glove ulangi komitmen kerjasama rapat dengan kastam Amerika Syarikat
Menurut Top Glove, pihaknya telah menyediakan penyerahan kesemua 11 indikator buruh paksa Pertubuhan Buruh Antarabangsa yang diperbaiki. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Top Glove Corporation Bhd mengulangi komitmen bekerjasama rapat dengan Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (CBP AS) untuk menyelesaikan isu berkaitan perintah tahanan pelepasan (WRO) dan penemuan penggunaan buruh paksa terhadapnya.
Menerusi kenyataan pada Khamis, pembuat sarung tangan itu menjelaskan komitmen tersebut dibuat susulan penahanan oleh CBP AS ke atas 4.68 juta sarung tangan getah yang dihantar ke Kansas City, Missouri.
Menurut Top Glove, pihaknya telah menyediakan penyerahan kesemua 11 indikator buruh paksa Pertubuhan Buruh Antarabangsa yang diperbaiki, seperti yang disahkan oleh perunding antarabangsa bebas berpangkalan di United Kingdom, Impactt Ltd dalam laporannya bertarikh 22 April, 2021.
CBP AS dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu, 12 Mei memaklumkan pegawainya di Pelabuhan Kansas City, Missouri menahan 4.68 juta sarung tangan getah bernilai kira-kira US$690,000 (RM2.85 juta) yang dihasilkan oleh anak syarikat Top Glove.
Penahanan itu dilakukan selepas maklumat menunjukkan sarung tangan berkenaan didakwa dihasilkan oleh buruh paksa, jelas pengawal selia itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Top Glove
#kerjasama
#Amerika Syarikat
#United Kingdom
#WRO
#buruh paksa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan