Apabila perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) berkuat kuasa kelak, industri di Malaysia akan mempunyai kelebihan selaku penggerak pertama sedang negara lain masih berusaha menyaingi.
Menurut Pengarah Eksekutif bagi Harta Intelek Antarabangsa (IP) Pusat Harta Intelek Global (GIPC), Patrick Kilbride sistem IP yang mantap disebabkan TPP, akan memberi faedah seterusnya kepada Malaysia dengan menarik lebih banyak industri berintensifkan IP melabur dalam pasaran.
Kilbride berkata industri berintensifkan IP Malaysia akan mempunyai asas untuk memasuki pasaran rakan kongsi yang merangkumi 40 peratus daripada keluaran dalam negara kasar global, dengan jaminan layanan sama rata atau lebih baik.
Katanya persekitaran IP Malaysia yang kukuh meletakkan negara ini di depan dalam kalangan negara yang berpendapatan sederhana, namun masih ada kerja yang perlu dilakukan terutama dalam aspek paten.
Faedah sebenar datang apabila timbul kesedaran secara meluas bahawa IP diambil kira dari segi pentadbiran dan penghakiman serta penguatkuasaan, kata Kilbride.
"Bagusnya Malaysia ialah negara ini telah mengadakan sistem yang dapat melindungi harta intelek dengan berkesan, sekali gus mendahului kebanyakan negara berpendapatan sederhana lain," katanya kepada Bernama menerusi e-mel.
Indeks IP Antarabangsa Tahunan Ketiga yang dikeluarkan oleh GIPC awal tahun ini memberi ranking kepada 30 ekonomi di seluruh dunia termasuk hampir semua negara TPP, berhubung aspek komitmen dalam inovasi.
"Kami dapati ada hubung kait secara langsung antara perlindungan IP yang kukuh dan peningkatan perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan, keluaran inovatif serta iklim perniagaan yang lebih positif.
"Setiap faktor ini pula akan menyokong pertumbuhan dan pengembangan industri berintensifkan IP di Malaysia," kata Kilbride.
Beliau berkata kejayaan menyertai TPP akan menjadikan Malaysia anggota sebuah perkumpulan elit dalam sistem perdagangan global berasaskan peraturan terkini.
Ditanya mengenai bantahan terhadap cadangan perjanjian perdagangan itu, Kilbride berkata: "Tidak ada siapa yang terlibat secara langsung dalam perbincangan itu tahu semua perincian dalam TPP atas faktor ia belum lagi dipersetujui."
"Adalah amat penting bagi kerajaan Malaysia membantu mendidik tentang peluang yang terhasil daripada TPP," kata Kilbride yang menambah bahawa beliau sedar Perbadanan Harta Intelek Malaysia telah mengambil langkah sedemikian dengan melibatkan usahawan Malaysia manakala organisasi swasta seperti GIPC dan Dewan Perniagaan Amerika Syarikat juga ada peranan untuk dimainkan.
Diwujudkan pada 2007, GIPC adalah sekutu Dewan Perniagaan Amerika Syarikat dan memperjuangkan isu hak milik harta intelek.
TPP merupakan perjanjian perdagangan terbesar dan satu langkah penting ke arah integrasi serta kerjasama ekonomi dan liberalisasi pelaburan yang lebih terperinci di rantau Asia Pasifik.
Pegawai daripada 12 negara yang terbabit dalam perbincangan TPP kini berhimpun di Hawaii sejak 24 Julai bagi sesi rundingan terakhir selama empat hari, diikuti mesyuarat peringkat menteri dari 28 hingga 31 Julai ini.
Selain Malaysia, negara lain yang terlibat dalam rundingan TPP ialah Amerika Syarikat, Australia, Brunei Darussalam, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Vietnam dan Singapura.
Bernama
Sat Jul 25 2015
Indeks IP Antarabangsa Tahunan Ketiga yang dikeluarkan oleh GIPC awal tahun ini memberi ranking kepada 30 ekonomi di seluruh dunia termasuk hampir semua negara TPP, berhubung aspek komitmen dalam inovasi. - Gambar Fail
Niaga AWANI: Kajian UNICEF: Pendapatan isi rumah melonjak, kemiskinan masih ketara
Biarpun ini menandakan pemulihan yang ketara dalam usaha menangani kesan ekonomi akibat pandemik, kemiskinan masih ketara, terutamanya dalam kalangan wanita, kanak-kanak, dan individu kurang upaya (OKU).
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Indeks Harga Pasir: Kebanyakkan kawasan di semenanjung catat peningkatan
Indeks harga seunit pasir catat peningkatan antara 0.2 hingga 2.6 peratus bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia pada bulan lalu.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Akaun 3 KWSP, semakan gaji penjawat awam mampu beri lonjakan
Pengeluaran daripada akaun 3 (akaun fleksibel) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang akan diperkenalkan tidak lama lagi dan kenaikan gaji kakitangan awam dijangka meningkatkan perbelanjaan swasta, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Akaun IG dakwa ada maklumat kes simbah asid Faisal Halim adalah palsu - PDRM
PDRM mengenal pasti bahawa akaun IG Muhammad Imran Suresh, yang mendakwa memiliki maklumat berkaitan kes kejadian simbah asid pemain skuad kebangsaan adalah palsu.
Harga petrol, diesel kekal bagi tempoh 9 hingga 15 Mei
Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel masing-masing kekal pada paras harga RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 9 hingga 15 Mei ini.
Mat Yo, Safee Sali harap Faisal Halim dapat kembali beraksi di padang
Mat Yo mendoakan rakan seperjuangannya, Faisal Halim diberi kesembuhan dan dapat beraksi semula di padang di masa akan datang.
Hospital Abu Youssef Al-Najjar pindah operasi
Peningkatan operasi ketenteraan Israel di Rafah memaksa pemindahan operasi Hospital Abu Youssef Al-Najjar. Hospital itu merupakan pusat perubatan utama yang menerima dan merawat mangsa serangan udara di Rafah sejak beberapa minggu lalu.
Usaha berterusan menyelamatkan mangsa banjir di Brazil
Pihak berkuasa Brazil menggandakan usaha menyelamatkan mangsa banjir yang masih terkandas di selatan Rio Grande Do Sul.
Qatar kutuk serangan Israel, gesa dunia bertindak
Qatar terus mengutuk serangan Israel ke atas Rafah dan menggesa masyarakat antarabangsa bersatu dalam menghentikan kekejaman itu.
Laluan Monorel kini kembali beroperasi seperti biasa
Perkhidmatan Monorel yang sebelum ini tergendala akibat insiden pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail pada Selasa, kini kembali beroperasi seperti sedia kala bermula jam 5 petang Rabu.
Rapid Rail dalam satu kenyataan berkata, kerja-kerja pembersihan dan baikpulih yang dijalankan oleh pihak bersama dengan pihak berkuasa tempatan telah berjaya diselesaikan pada jam 5.55 pagi tadi.
Rapid Rail dalam satu kenyataan berkata, kerja-kerja pembersihan dan baikpulih yang dijalankan oleh pihak bersama dengan pihak berkuasa tempatan telah berjaya diselesaikan pada jam 5.55 pagi tadi.
TPP jadikan industri Malaysia penggerak pertama di rantau Asia Pasifik
Apabila perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) berkuat kuasa kelak, industri di Malaysia akan mempunyai kelebihan selaku penggerak pertama sedang negara lain masih berusaha menyaingi.