Penerbit-penerbit buku masih lagi tertanya-tanya samada industri penerbitan bakal terjejas sekiranya Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dilaksanakan.
Syarikat penerbitan tempatan yang dihubungi juga agak sukar untuk memberi sebarang pandangan yang kukuh kerana ia hanya berdasarkan spekulasi sahaja ekoran terma dan syarat TPPA adalah sulit.
“Saya tidak tahu kandungan sebenar kerana ia masih dirahsiakan,” kata Setiausaha Agung Persatuan Penerbit Buku Malaysia, Arief Hakim Sani.
Menurut beliau, terdapat kemungkinan undang-undang hak cipta bakal diperketatkan, termasuk memanjangkan tempoh hayat hak cipta dari 50 kepada 120 tahun.
“Jikalau ini benar-benar berlaku, kos buku seperti kitab-kitab dan buku teks institut pengajian tinggi akan naik. Sebelum ini, bahan-bahan seperti teks dan gambar-gambar mungkin adalah untuk kegunaan umum. Namun jika jangka masa hak cipta diperpanjangkan, kami harus membayar untuk kegunaan kandungan tersebut,” kata beliau.
Beliau juga berpendapat bahawa ini tidak akan memanfaatkan Malaysia kerana negara ini lebih banyak mengimport kandungan luar daripada mengeksport kandungan tempatan untuk luar negara.
“Saya syak ia akan memanfaatkan Amerika Syarikat lebih. Sebagai contoh, kegunaan watak-watak Disney yang begitu popular. Kita di sini harus terus membayar untuk kegunaan watak-watak berkenaan oleh kerana ia masih dalam tempoh hayat hak cipta,” kata beliau.
Pengurus penerbitan Editions Didier Millet, Martin Cross yang juga menerbitkan buku-buku sejarah dan ilustrasi berpendapat kos penerbitan buku akan menjadi lebih mahal jika hayat hak cipta dipanjangkan sehingga 120 tahun.
Tambah Cross, ia akan menjadi agak sukar untuk mengetahui siapa pemegang hak cipta dalam tempoh 120 tahun jikalau penulis sudah meninggal dunia dan syarikat penerbitan pula tiada lagi.
“Jadi pihak penerbitan harus mengambil risiko jika pemegang asal hak cipta mengambil tindakan ataupun penerbit terus tidak akan menerbitkan buku atau ilustrasi berkenaan,” kata Cross.
Pihak Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) berkata isu ini harus dilihat secara terperinci mengikut situasi dan keadaan.
“Ini kerana pihak industri penerbitan tidak diundang dalam perbincangan kesan-kesan TPPA. Jikalau benar tempoh hak cipta dipanjangkan, kita mengambil langkah ke belakang dan bukan hadapan."
"Sebelum ini maklumat boleh didapati dengan percuma namun kini pihak penerbit harus menunggu sehingga 120 tahun. Ia tentu sekali akan membabitkan kos yang tinggi," kata Ketua Pegawai Eksekutif ITBM Mohd Khair Ngaidron.
Syafique Shuib
Fri Aug 30 2013
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Astro raih RM75,000 ganti rugi berkanun pertama untuk pelanggaran hak cipta
Measat Broadcast Network Systems Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat Astro Malaysia Holdings Berhad, mencatat sejarah dengan menerima ganti rugi berkanun pertama.
Jangan guna logo, maskot SUKMA Sarawak tanpa kebenaran - SMA
Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) menggesa semua pihak supaya tidak menggunakan logo dan maskot SUKMA ke-21 Sarawak 2024 tanpa persetujuan atau kebenaran SMA berkuat kuasa serta-merta.
FINAS, MyIPO kerjasama tingkat usaha pendaftaran harta intelek penggiat seni
FINAS akan bekerjasama dengan MyIPO untuk meningkatkan pendaftaran IP dalam kalangan penggiat seni tanah air.
Google tidak akan tuntut hak cipta atas kandungan dijana AI
Google tidak akan menuntut hak cipta output yang telah dijana dengan perkhidmatan AI generatif mereka.
Disney 'hilang' hak cipta Mickey Mouse
Hak cipta bagi versi awal watak itu tamat selepas 95 tahun sepertimana mengikut undang-undang di AS.
Watak Mickey Mouse memasuki domain awam
SEMALAM watak Mickey Mouse yang dipaparkan dalam animasi Steamboat Willie dari tahun 1928 secara rasminya memasuki domain awam.
Proses sijil dan notifikasi hak cipta kini hanya 30 minit - MyIPO
Copyright to You (CR2U) dibangunkan untuk mempercepat proses pensijilan dan notifikasi hak cipta bagi memastikan pemilik hak cipta mendapat perlindungan dengan lebih efisien.
Produk kraf Iban perlu daftar hak cipta - Uggah
Produk kraf kaum Iban perlu didaftarkan dengan Jabatan Warisan Negara bagi melindungi hak cipta, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
Ribuan penulis gesa syarikat AI hormati hak cipta
Beribu-ribu penulis menggesa syarikat AI agar mendapatkan kebenaran sebelum memasukkan karya hak cipta ke dalam teknologi mereka.
KKD ambil perhatian isu perlindungan hak cipta hasil kerja pengamal media - Fahmi
Isu perlindungan hak cipta hasil kerja pengamal media adalah antara yang akan diambil perhatian oleh Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD).