IPOH: Isu perlindungan hak cipta hasil kerja pengamal media adalah antara yang akan diambil perhatian oleh Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), selain menjaga kebajikan golongan berkenaan, kata menterinya Fahmi Fadzil.
Beliau berkata di zaman ledakan teknologi kini, terdapat banyak hasil kerja pengamal media, termasuk gambar dan artikel, digunakan sewenang-wenangnya tanpa kebenaran, termasuk kandungan di media sosial.
"Saya terima aduan titik peluh rakan wartawan disalah guna, ada (gambar) yang tera air (watermark) dibuang. Ada kewajaran untuk kita adakan satu perbincangan dengan penyedia platform media sosial bagi mengekang isu ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika hadir pada Majlis Rumah Terbuka Persatuan Pengamal Media Perak (PPMP) di Rumah Kelab persatuan itu di sini hari ini, dan turut hadir ialah timbalannya Teo Nie Ching serta Presiden PPMP Sayed Hesham Syed Idris.
Sementara itu, isu kebajikan pengamal media seperti cadangan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), juga akan dibawa kepada perbincangan dengan organisasi media dan pihak berkaitan.
FAHMI-HAK CIPTA 2 (AKHIR) IPOH
Fahmi berkata ketersambungan Internet dan ruang kerja untuk kemudahan media juga akan dibincangkan bersama dengan kerajaan negeri, kelab media setiap negeri dan agensi terlibat.
"Saya harap dengan adanya libat urus dengan kelab-kelab media setiap negeri, kita akan dapat kumpulkan lebih banyak input supaya kita dapat kenal pasti kekangan dan cabaran yang dihadapi media ketika menjalankan tugas mereka," katanya.
Beliau seterusnya mengumumkan sumbangan RM10,000 kepada PPMP untuk digunakan untuk menaik taraf kemudahan di rumah media persatuan itu.
"Harapan saya dengan adanya Rumah Media Perak ini, selain daripada memberi ruang untuk bekerja, ia juga dapat menjadi pusat berkumpul untuk aktiviti dari semasa ke semasa.
"Saya juga berharap dapat dikumpulkan aduan, cadangan dan pandangan untuk diserahkan kepada kerajaan negeri dan dari segi itu hubungan kerja yang sihat dapat kita pupuk, akhirnya manfaatnya adalah kepada rakyat Perak sendiri," katanya.
Terdahulu Fahmi dan Teo meluangkan masa hampir sejam beramah-mesra dengan hampir 100 pengamal media Perak.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 28 2023

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menyampaikan ucapan dan merasmikan program Forum Media yang diadakan sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 di sebuah hotel hari ini. - Foto Bernama

China keluar amaran kuning Taufan Koinu
Taufan ke-14 pada tahun ini dijangka membawa angin kencang ke bahagian selatan dan timur negara itu.

GPS komited dengan Kerajaan Perpaduan, mahu suburkan politik berasas pembangunan - Fadillah
Ketidakstabilan politik hanya akan menjauhkan pelabur asing daripada bertapak di negara ini, sekali gus menyukarkan Kerajaan Perpaduan untuk menyuburkan kembali ekonomi negara.
Belanjawan 2024: Ringgit lemah, ubat mahal, siapa tanggung?
Membawakan kupasan mendalam mengenai mata wang lemah, ubat-ubatan yang mahal dan siapa yang harus bertanggungjawab terhadap cabaran ini.

Mindef perkemas perjanjian G2G, pastikan perolehan aset ikut jadual - Adly
Adly menambah Kertas Putih Pertahanan turut menzahirkan iltizam kerajaan untuk ters memperkasakan dasar sains, teknologi dan industri pertahanan dengan menyemarakkan budaya penyelidikan dan inovasi.

Program Pencampuran Biodiesel Nasional bantu kurangkan 45 peratus karbon menjelang 2030 - Fadillah
Pelaksanaan Program Pencampuran Biodiesel Nasional oleh bakal menjanjikan impak positif yang substantif kepada persekitaran negara.

Pas tidak buat rayuan keputusan petisyen Parlimen Kemaman
Keputusan itu dibuat susulan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Anselm Charles Fernandis mengesahkan terdapat unsur rasuah bagi pilihan raya Parlimen berkenaan.

Gelandangan terperangkap dalam longkang diselamatkan bomba
Anggota bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa.

Sultan Nazrin berkenan rasmi INSTUN, Balai Cerap Tan Sri Harussani
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan merasmikan Kompleks Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) dan Balai Cerap Tan Sri Harussani.

Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan - Gabenor Bank Negara
Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan bertunjangkan aktiviti berorientasikan domestik dan disokong keadaan pasaran buruh dan pelaburan menjelang tahun depan.

Empat sekeluarga dikhuatiri hilang ketika bercuti di Pulau Perhentian
Laporan berhubung kehilangan mangsa dibuat pengadu pada Isnin setelah gagal menghubungi mereka sejak 30 September lalu.

Fahmi ucap takziah kepada keluarga Pengarang Berita Kanan BH
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada keluarga Pengarang Berita Kanan Berita Harian (BH) Salina Abdullah, yang meninggal dunia hari ini.

Budaya debat secara beradab kini satu keperluan untuk anak muda - Fahmi
Perdebatan secara beradab akan membantu anak muda melontarkan idea bernas dan jelas yang amat bermanfaat untuk pembangunan negara.

Tiada perbincangan mengenai rombakan Kabinet - Fahmi
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata tiada perbincangan mengenai rombakan Kabinet dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

JPM, KKD bincang penubuhan pasukan petugas untuk bendung penipuan dalam talian - Fahmi
Fahmi berkata ini adalah antara langkah bagi menghentikan sepenuhnya penipuan komersial yang semakin meningkat susulan kemajuan dalam teknologi digital dan memerangi penipu.

Kerajaan teliti dasar penggunaan dron sebagai penghantar barangan - Fahmi Fadzil
Melihat kepada perkembangan penggunaan dron ketika ini, kerajaan akan mengkaji dasar berkaitan penggunaan dron dalam industri perkhidmatan penghantaran barangan.

Amalan rasuah dalam pilihan raya membimbangkan - Fahmi Fadzil
Amalan rasuah bagi mempengaruhi pengundi dalam pilihan raya di negara ini membimbangkan, kata Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil.

Pendigitalan perlu jadi asas pembangunan negara - Fahmi Fadzil
Pendigitalan kini perlu menjadi asas pembangunan sesebuah negara ke arah memupuk antaranya aspek pertumbuhan ekonomi, inovasi serta keterangkuman kewangan.

Belanjawan 2024: KKD cadang geran khas permudah penggunaan 5G bagi PMKS
Menterinya Fahmi Fadzil berkata cadangan itu telah diserahkan kepada Kementerian Kewangan.

CEO baharu DNB diumum selepas perjanjian dimuktamad - Fahmi
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Digital Nasional Bhd (DNB) yang baharu dijangka diumumkan selepas semua perkara melibatkan perjanjian langganan saham dimuktamadkan.

MDX 2023 bukti kesediaan, keupayaan Malaysia dalam ekonomi digital - Fahmi
Malaysia Digital Expo (MDX) membuktikan kesediaan Malaysia dalam meneroka dan berkembang bagi membawa ekosistem digital ke peringkat seterusnya dan membuka peluang pelaburan.