Penyertaan Malaysia ke dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) bakal mempelbagaikan sumber ekonomi negara, terutamanya dalam bidang eksport.
Menurut duta Amerika Syarikat ke Malaysia Joseph Y. Yun, ia akan mengurangkan kebergantungan negara kepada hanya satu industri utama seperti minyak dan gas yang kini sedang melemah.
Beliau berkata kajian di Malaysia dan juga Amerika turut menunjukkan negara menerima manfaat besar di bawah TPPA.
“Kajian menunjukkan kelebihan yang diterima Malaysia adalah dalam sektor pembuatan seperti elektronik, perkayuan, dan tekstil.
Ini bermakna anda berubah dari industri seperti komoditi seperti minyak dan gas serta minyak sawit,” kata beliau dalam satu temubual eksklusif bersama Astro AWANI di sini hari ini.
Tambah beliau Malaysia juga selaku negara kecil bakal memperolehi akses pasaran yang lebih luas di kesemua 12 negara ahli.
Malah katanya, TPPA turut mula diperakui negara lain seperti Thailand, Indonesia dan Korea Selatan yang mula menunjukkan minat untuk turut serta dalam perjanjian perdagangan itu.
Sementara itu pandangan ini turut disokong duta Mexico ke Malaysia, Carlos Isauro Felix Corona yang berkata TPPA akan membuka peluang kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan untuk menembusi pasaran antarabangsa yang lebih besar.
Tambah beliau, ia juga penting bagi merealisasikan matlamat Malaysia menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.
“Dalam situasi Mexico, dan saya pasti ianya juga situasi yang sama bagi perusahaan kecil dan sederhana di Malaysia, mereka akan menerima banyak pelaburan asing.
Mereka juga boleh terlibat dalam rantaian produktiviti yang lebih besar di seluruh dunia,” kata Corona.
Corona menambah memandangkan Malaysia dan Mexico kedua-dua mempunyai ekonomi berasaskan eksport, perjanjian perdagangan ini juga merupakan peluang yang baik untuk kedua-dua negara memantapkan lagi hubungan bilateral mereka.
“Kami mempunyai perdagangan bernilai hampir AS$7 bilion dengan Malaysia, dan kami mempunyai sektor-sektor yang saling berkaitan seperti sektor elektronik di mana kami membeli banyak komponen elektronik dari Malaysia.
Dengan TPPA, kami harap untuk meningkatkan peluang untuk merapatkan lagi hubungan ini,” kata beliau.
Sementara itu menurut duta Jepun ke Malaysia Makio Miyagawa yang turut ditemubual Astro AWANI, rakyat Malaysia tidak perlu khuatir mengenai hak dan kepentingan penduduk dan syarikat tempatan.
Beliau berkata ini kerana Malaysia mempunyai pasukan perunding yang tegas sewaktu proses rundingan perjanjian ini.
“Malaysia mempunyai pasukan perunding yang baik, dari menteri hinggalah ke setiausaha agungnya.
Saya rasa mereka telah berjaya dalam memajukan hak Malaysia dan melindungi kepentingan ekonomi Malaysia (dalam proses perundingan),” tegas Makio.
Beliau bagaimanapun menambah di sebalik ketegasan memperjuangkan hak masing-masing, semua pihak yang terlibat dalam rundingan perlu bertoleransi dalam mencapai kompromi.
Ini bagi memastikan sebarang persetujuan yang dicapai menguntungkan kesemua pihak secara sama rata.
Makio menambah, perjanjian perdagangan 12 negara ini bukan sahaja akan menambah baik hubungan bilateral Jepun dan Malaysia, malah akan turut memanfaatkan perdagangan di peringkat serantau.
“Liberalisasi ekonomi di seluruh rantau Asia Pasifik akan memberi manfaat kepada ekonomi negara kami, bukan sahaja kepada ekonomi kami, tetapi juga kepada ekonomi Malaysia, ekonomi Amerika Syarikat, dan kepada semua negara yang mengambil bahagian dalam TPPA jika ia disahkan dan berkuat kuasa.
Jadi kami tidak sabar untuk mencapai peringkat ini,” kata beliau.
Teks akhir TPPA dimuktamadkan di Atlanta, Georgia Oktober lalu.
Ia kini di dalam peringkat perbahasan di pihak penggubal undang-undang tempatan negara ahli sebelum dijangka disahkan menjelang sekitar 2018 atau 2019.
Najib Aroff, Luqman Hariz
Mon Dec 21 2015
TPPA dijangka mengurangkan kebergantungan negara kepada hanya satu industri utama serta meluaskan pasaran PKS. - Foto Astro AWANI
UNICEF gesa tindakan segera ketika kanak-kanak di Gaza terus jadi mangsa
UNICEF menyeru tindakan segera pada lewat Jumaat ketika kanak-kanak di Semenanjung Gaza terus menghadapi pertumpahan darah setiap hari, lapor Agensi Anadolu.
Tiga warga Bangladesh dipercayai dalang utama sindiket pemerdagangan manusia ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga Bangladesh dipercayai menjadi dalang utama sindiket pemerdagangan manusia yang berpusat di ibu negara.
AWANI 7:45 [14/12/2024] – Kecuaian kritikal | Laporan lengkap minggu depan | Tengku Zafrul belum jumpa
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 745 bersama Luqman Hariz
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
AWANI Ringkas: Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
AS umum pakej bantuan ketenteraan US$500 juta untuk Ukraine
Amerika Syarikat mengumumkan pakej bantuan ketenteraan baharu bernilai US$500 juta untuk Ukraine bagi menyokong usaha pertahanan negara itu dalam menghadapi serangan berterusan Rusia.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
AS gesa kumpulan pembebasan Syria sokong kerajaan peralihan inklusif
Perbincangan menekankan bahawa HTS tidak seharusnya mengambil alih kepimpinan secara automatik.
‘Tangan ghaib’ mahu tukar rejim Syria agar tidak ganggu kepentingan Israel, AS - Pakar
Tumbangnya rejim Bashar al-Assad di Syria adalah usaha terancang untuk mendirikan sebuah kerajaan baharu yang tidak mengganggu kepentingan Amerika Syarikat dan Israel di rantau berkenaan.
1MDB: Najib dakwa AS dan pembangkang ketika itu jatuhkan kerajaannya
Najib mendakwa Amerika Syarikat bawah pimpinan Demokrat sebelum ini bekerjasama dengan pembangkang Malaysia ketika itu untuk menjatuhkan beliau dan kerajaan yang diterajuinya pada 2018.
Konflik Syria: Pasukan pembebas mara ke barat Deir ez-Zor
PENTADBIRAN Hal Ehwal Ketenteraan kumpulan pembebas Syria memaklumkan pasukan itu sedang mara di kawasan pedalaman barat Deir ez-Zor.
Amerika tidak seharusnya terlibat dengan peperangan di Syria - Donald Trump
Donald Trump berpendapat, Amerika tidak seharusnya terlibat dalam apa sahaja peranan dengan Syria yang sedang bergolak ketika ini.
Manchester City buka kempen Piala Dunia Kelab berdepan Wydad AC
Piala Dunia Kelab, yang menampilkan pasukan terkemuka dari seluruh dunia, akan diadakan di 12 stadium seluruh AS dari 14 Jun hingga 13 Julai.
AS seru rakyatnya tinggalkan Syria
Jabatan Negara Amerika Syarikat menggesa warganya untuk segera meninggalkan Syria