awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tukar segera kepada akaun dewasa sebelum 1 Mei - Tabung Haji

Dagang News
Dagang News
09/03/2022
02:50 MYT
Tukar segera kepada akaun dewasa sebelum 1 Mei - Tabung Haji
TH memberi peringatan akan keperluan bagi para pendeposit TH khususnya yang telah melebihi umur 18 tahun tetapi masih memegang akaun kanak-kanak di bawah jagaan untuk bertukar status kepada akaun dewasa, sebelum 1 Mei 2022. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) memberi peringatan akan keperluan bagi para pendeposit TH khususnya yang telah melebihi umur 18 tahun tetapi masih memegang akaun kanak-kanak di bawah jagaan untuk bertukar status kepada akaun dewasa, sebelum 1 Mei 2022.
Ini kerana akaun di bawah jagaan hanya boleh ditadbir oleh penjaga bagi kanak-kanak yang berumur bawah 18 tahun sahaja.
Pemangku Pengarah Eksekutif Operasi TH, Mohamed Ameen Abd Wahab berkata, pengumuman pelanjutan tempoh pada bulan November lalu adalah untuk memberi peluang kepada pendeposit yang berumur 18 tahun ke atas dan penjaga untuk melakukan proses penukaran status di cawangan-cawangan TH berdekatan.
“TH akan melaksanakan proses pembekuan transaksi pengeluaran sekiranya pendeposit gagal menukar status akaun bermula Isnin, 2 Mei 2022.
"Dalam masa sama status link akaun antara akaun penjaga di bank dan akaun kanak-kanak di TH akan terbatal serta pendaftaran haji juga tidak dapat dilakukan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
TH menyaran kepada semua ibu bapa dan penjaga yang mempunyai akaun di bawah jagaan bagi anak yang berumur 18 tahun ke atas untuk datang bersama anak tersebut ke cawangan TH yang berdekatan bagi menukar status akaun kanak-kanak ke akaun dewasa agak tidak timbul kesulitan di masa akan datang.
TH mengambil langkah ini bagi memastikan semua akaun pendeposit yang mencapai 18 tahun diuruskan oleh pendeposit itu sendiri dan rekod maklumat serta biometrik pendeposit berumur 18 tahun tersebut dikemaskini.
TH juga menyarankan semua pendepositnya memastikan akaun TH kekal berstatus aktif untuk terus menikmati manfaat menyimpan di institusi itu termasuk simpanan dijamin kerajaan, menerima agihan keuntungan, pengecualian cukai pendapatan selain boleh menyertai pelbagai kempen anjuran TH.
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan akaun atau sebarang perkhidmatan TH, orang ramai boleh merujuk di laman web rasmi, www.tabunghaji.gov.my atau terus menghubungi talian Khidmat Pelanggan (THCC) di 03-6207 1919. - DagangNews.com
Topic Berkaitan
#Tabung Haji
#akaun kanak-kanak
#Mohamed Ameen Abd Wahab
#penukaran status
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan