KUALA LUMPUR: UEM Edgenta Bhd melalui anak syarikat milik penuh tidak langsungnya, Edgenta Healthtronics Sdn Bhd pada Khamis memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk meneroka potensi kerjasama dan peluang dalam ruang penjagaan kesihatan digital.
Dalam makluman di Bursa Malaysia, UEM Edgenta berkata, kerjasama itu akan menyediakan kedua-dua pihak peluang untuk mempromosi dan menggalakkan pertukaran inovasi dalam penjagaan kesihatan digital berdasarkan kepada kekuatan masing-masing dalam industri tersebut.
Katanya, MoU itu terutamanya membabitkan kerjasama dengan pusat pendidikan perubatan merangkumi pusat pakar swasta dan Pusat Pakar Perubatan UiTM di 3 kampusnya iaitu Sungai Buloh, Selayang dan Puncak Alam.
"Sehubungan itu, kerjasama ini membolehkan kedua-dua pihak meningkatkan hubungan mereka dan bekerjasama ke arah membangunkan penyelesaian penjagaan kesihatan digital di Malaysia.
"Kerjasama ini membabitkan antaranya, mempromosi dan menggalakkan pertukaran inovasi antara kedua-dua pihak, berusaha meningkatkan kecekapan operasi dan meningkatkan hasil klinikal, serta pertukaran maklumat yang relevan berkaitan pembangunan peralatan, teknologi dan latihan," katanya hari ini.
Menurutnya, kerjasama tersebut tidak memberi sebarang kesan kepada pendapatan, aset bersih dan geran kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021.
Selain itu, ia juga tidak menjejaskan modal saham berbayar dan pemegangan saham utama kumpulan.
"MoU ini akan berkuat kuasa pada tarikh pelaksanaannya dan seterusnya untuk tempoh setahun.
"Selepas itu, ia boleh dilanjutkan untuk tempoh selanjutnya yang akan diputuskan bersama dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak," tambahnya.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Fri Dec 10 2021
Edgenta Healthtronics memeterai MoU dengan UiTM untuk meneroka potensi kerjasama dan peluang dalam ruang penjagaan kesihatan digital. -Gambar hiasan
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Lebih 1,000 pelajar UiTM di Kelantan, Terengganu dan Johor terjejas banjir
Seramai 1,083 pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) termasuk Kelantan, Terengganu dan Johor terkesan akibat banjir pada penghujung Nov lepas.
Pelatih Palapes meninggal dunia: UiTM teliti semula prosedur latihan
Pengurusan UiTM memandang serius kejadian tersebut dan menyerahkan kepada pihak polis dan Lembaga Siasatan di bawah Angkatan Tentera Malaysia (ATM), untuk melakukan siasatan lanjut.
Graduan jangan memilih kerja, elak jadi penganggur terhormat - Sultan Ibrahim
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah mengingatkan para graduan agar tidak bersikap terlalu memilih kerja dan segera merebut peluang ada.
Sultan Ibrahim dimasyhur sebagai Canselor UiTM ketujuh
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) ketujuh hari ini.
Motosikal dirempuh kereta, tiga penuntut UiTM Dungun maut
Tiga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun maut manakala seorang lagi parah dalam nahas jalan raya membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta di Jalan Pantai Sura di sini malam ini.
UiTM juara keseluruhan SUKIPT 2024
UiTM mengetepikan juara bertahan dua tahun lalu, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mengumpul 38 emas, 19 perak dan 21 gangsa.
UiTM sedia bantu kerajaan bangun ekosistem perkasa STEM
Bagi memastikan aspirasi itu direalisasikan, aspek inovasi dan penyelidikan perlu diberikan tumpuan.
UiTM komited transformasi pendidikan awal kanak-kanak
Sejak kebelakangan ini, pendidikan awal buat kanak-kanak sering menjadi topik perbincangan, bukan hanya melibatkan ibu bapa tetapi juga pakar-pakar.
UiTM berperanan majukan orang Melayu, bumiputera sehingga dapat berdiri sendiri - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peranan yang dimainkan oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam memajukan pendidikan orang Melayu dan bumiputera telah membolehkan mereka berdikari.
Pendidikan, pembelajaran IPT perlu sentiasa dikemas kini ikut keperluan semasa
IPT perlu memastikan pendidikan dan pembelajaran sentiasa dikemas kini mengikut keperluan semasa susulan kemasukan ke universiti awam pada tahun lepas melibatkan 193,029 pelajar.