awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UMW Holdings Berhad catat keuntungan bersih RM137.4 juta suku keempat 2020

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
25/02/2021
13:18 MYT
UMW Holdings Berhad catat keuntungan bersih RM137.4 juta suku keempat 2020
UMW Holdings Berhad mencatatkan keuntungan dengan pendapatan bersih RM137.4 juta untuk suku keempat yang berakhir pada 31 Disember 2020.
KUALA LUMPUR : UMW Holdings Berhad mencatatkan keuntungan dengan pendapatan bersih RM137.4 juta untuk suku keempat yang berakhir pada 31 Disember 2020.
Dengan itu, pendapatan kumpulan itu melonjak 3.8 peratus kepada RM3.34 juta berbanding suku yang berakhir pada 31 Disember 2019.
Di sebalik keadaan pasaran yang mencabar, UMW Holdings Berhad mengumumkan dividen akhir sebanyak empat sen bagi setiap saham berjumlah RM46.7 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UMW Holdings Berhad, Datuk Ahmad Fuaad Kenali berkata, prestasi positif pada suku keempat tahun 2020 itu disumbangkan oleh pengecualian cukai jualan ke atas penjualan automotif.
"Pada masa yang sama, UMW Holdings Bhd juga mengambil langkah-langkah untuk meningkatkan daya tahan melalui kecekapan operasi dan pengoptimuman kos," katanya dalam kenyataan di sini,
Ahmad menjelaskan, pengecualian cukai jualan mendorong peningkatan penjualan kenderaan sebanyak 8.9 peratus kepada RM2.7 bilion pada suku keempat berbanding suku sama sebelum ini.
Ekoran pengumuman itu, UMW Toyota Motor dan syarikat bersekutu, Perodua mencatatkan jualan melebihi sasaran tahun 2020.
Ia seterusnya melonjak keuntungan melebihi cukai (PBT) sebanyak 66.3 peratus kepada RM191 juta.
Selaras dengan dengan jangkaan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara 6.5 peratus dan 7.5 peratus, Persatuan Automatif Malaysia mengunjurkan jumlah keseluruhan industri (TIV) meningkat sebanyak lapan peratus kepada 570,000 unit, yang didorong oleh pelepasan cukai jualan sehingga 30 Jun 2021 serta kadar faedah rendah.
UMW Holdings Berhad memberi jaminan memastikan produk dan perkhidmatannya akan terus kekal berdaya saing selaras memenuhi keperluan pelanggannya.
Topic Berkaitan
#UMW Holdings Berhad
#KDNK
#keuntungan bersih
#ekonomi
#Perodua
#Pengecualian cukai jualan
#syarikat automotif
#TIV
#dividen
#suku tahun keempat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan