Undang-undang kredit pengguna akan diperkenalkan untuk melindungi perniagaan dan isi rumah yang berurusan dengan pengantara kewangan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Muhammad Ibrahim.
Beliau yang mengumumkan perkara itu berkata, bank pusat sedang bekerjasama dengan kerajaan dalam membentuk undang-undang berkenaan.
"Pengantara kewangan bukan institusi kewangan berlesen," katanya kepada peserta Persidangan Kewangan Masa Depan 2016 yang berlangsung di sini, hari ini.
Beliau berkata aspek yang sewajarnya turut dipertimbangkan untuk memacu dan menyokong pembangunan syarikat pembiayaan alternatif bagi memenuhi keperluan pembiayaan perniagaan kecil.
Muhammad berkata sektor kewangan terus memainkan peranan perantara dalam membiayai ekonomi, terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Setakat Julai, sistem perbankan mengeluarkan pembiayaan sebanyak RM533 bilion untuk perniagaan dan PKS, berkembang pada kadar tahunan purata 9.9 peratus antara 2011 dan 2015.
Institusi bank kekal sebagai pemberi pinjaman wang terbesar kepada PKS dan prestasi itu dijangka kekal dengan disokong kadar kelulusan pembiayaan yang tinggi iaitu hampir 80 peratus, kata beliau.
Gabenor BNM turut berkata institusi bidangan seperti syarikat pemfaktoran dan pemajakan, penyedia dana budiman dan kredit alternatif pelbagai industri seperti permotoran, perumahan dan sektor runcit pengguna boleh berperanan menyediakan pilihan pendanaan lebih banyak untuk pengguna.
"Bagaimanapun, terdapat standard tinggi dan prasyarat ketat yang perlu dipenuhi sebelum model pendanaan ini boleh berkembang.
"Kewujudan pengawal selia yang mantap, penyeliaan dan rangka pengawalseliaan kukuh dan berdaya tahan, serta statut perlindungan pengguna yang teguh adalah beberapa asas penting yang diperlukan bagi memastikan institusi itu menyelesaikan halangan sebelum menjadi sumber berdaya maju atau membiayai dan memberi manfaat kepada ekonomi kita.
"Matlamat akhir adalah kekal melindungi kepentingan pengguna, menyekat amalan predatori, mengurus paras hutang termasuk hutang isi rumah yang tinggi dan melindungi peminjam daripada terjebak dalam kesusahan kewangan disebabkan ketidakupayaan membayar hutang," kata Muhammad.
Persidangan selama sehari anjuran BNM itu menghimpunkan pemimpin industri untuk membincangkan peluang dan pembangunan idea substansif bagi pembangunan sektor kewangan berkaitan demi masa depan Malaysia.
Ia diadakan tepat pada tempoh pertengahan 10 tahun pelaksanaan Pelan Sektor Kewangan untuk menunjukkan kemajuan dan mengesahkan semula komitmen bagi meneruskan pembangunan sektor tersebut. -- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 23 2016
Muhammad berkata, bank pusat sedang bekerjasama dengan kerajaan dalam membentuk undang-undang berkenaan. - Gambar fail
Tengku Zafrul akan perjelas spekulasi sertai PKR dalam masa terdekat
Tengku Zafrul akan membuat kenyataan berhubung khabar angin penyertaannya ke PKR dalam masa terdekat.
'Jangan ada sikap kawan makan kawan' - Puteri UMNO
Amal turut menyeru pemimpin masa kini mewarisi contoh terbaik kepada generasi baharu hari ini.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Institut Sukan Negara (ISN) akan memperkasa program penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan tumpuan khusus kepada sukan berpotensi tinggi di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 menggunakan peru
Donald Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Jawatan itu dijangka akan memacu dasar-dasar terhadap beberapa musuh AS termasuk Korea Utara.
Turkiye tegaskan dukungan ke atas Syria pasca konflik
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan memberi jaminan bahawa Turkiye akan terus berdiri bersama rakyat Syria dalam proses pemulihan dan pembinaan semula negara itu.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Syria fokus pemulihan, tolak konflik baharu dengan Israel
Pemimpin de facto Syria, Ahmad al-Sharaa, pada Sabtu menyatakan bahawa Israel menggunakan alasan palsu untuk mengesahkan serangan terhadap Syria.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Piala AMEC: Ekor Harimau diancam penyokong lawan di Stadium Rajamangala akibat provokasi
Situasi tegang itu berpunca daripada kedua-dua pihak yang saling berbalas provokasi tetapi keadaan itu terkawal.
Bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam semak belakang surau di Manjung
Siasatan pihak polis mendapati bayi lelaki tersebut ditinggalkan dalam semak dan berbalut dengan kain.
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan rupa paras beliau pada usia 40-an.
[EKSKLUSIF] OPR Malaysia ketika ini menyokong pertumbuhan ekonomi - Gabenor BNM
Dasar monetari kita perlu sesuai kepada dasar dan keadaan domestik kita dan bukan apa yang berlaku di luar negara.
[EKSKLUSIF] Asas ekonomi kukuh, politik stabil dorong kekuatan ringgit - Gabenor BNM
Asas ekonomi yang terus mengukuh selain kestabilan politik tanah air mendorong pengukuhan nilai mata wang ringgit yang disaksikan ketika ini.
Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan - Gabenor Bank Negara
Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan bertunjangkan aktiviti berorientasikan domestik dan disokong keadaan pasaran buruh dan pelaburan menjelang tahun depan.
Gabenor BNM: Abdul Rasheed sinonim kepada pengalaman dan pengetahuan luas - Ahli Ekonomi
Gabenor BNM yang baharu, Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour, bukan orang baharu dalam badan berkanun itu.
Abdul Rasheed calon tepat, paling sesuai jadi Gabenor BNM - Bekas Gabenor
Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour adalah calon yang tepat dan paling sesuai untuk menjadi peneraju bank pusat negara, kata bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Muhammad Ibrahim.
Langkah keselamatan ketat perlu, jamin keselamatan pengguna - Gabenor Bank Negara
Biarpun langkah kawalan akan menjadikan urusan perbankan dalam talian lebih rumit, ia perlu bagi melindungi kepentingan pelanggan.
Skim Beli Sekarang Bayar Kemudian: BNM gubal Akta Kredit Pengguna tahun depan
Bank Negara Malaysia (BNM) akan menggubal Akta Kredit Pengguna pada 2022 bertujuan mengukuhkan pengaturan kawal selia.
Nilai ringgit bertambah 0.9 peratus sejak 1 Oktober - Bank Negara
Ia sejajar dengan trend mata wang serantau yang lain dan katanya, ringgit terus disokong oleh prospek dalam negara yang lebih baik susulan pembukaan semula ekonomi dan kenaikan harga komoditi.
Pertumbuhan ekonomi suku pertama susut mendadak akibat COVID-19
Ekonomi Malaysia susut kepada 0.7 peratus pada suku pertama tahun ini berbanding 4.5 peratus yang direkodkan pada suku sama tahun sebelumnya.
"Nor Shamsiah gabenor yang hebat" - Lagarde
Nor Shamsiah telah melakukan perkara yang benar-benar dalam jangkaan, dan keperluan IMF, terutamanya dalam menstabilkan kewangan negara.