KUALA LUMPUR: Jangkaan kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat dan krisis geopolitik di Asia Barat menjadi antara risiko negatif terhadap pertumbuhan ekonomi di Malaysia tahun hadapan.
Pengarah dan Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkata beberapa indikator ketika ini menunjukkan ekonomi AS akan berdepan dengan kemelesetan.
"Kami lihat daripada indikator-indikator seperti Data Perbendaharaan AS dan sebagainya. Ini menunjukkan ada kemugkinan bakal berlaku kemelesetan ekonomi di AS.
"Bagaimanapun, kami (MIDF Research) perlu maklumkan bahawa kita belum tahu lagi dari segi apa kemelesetan di AS...tapi kemungkinan itu ada," katanya ketika ditemui Astro AWANI, di sini pada Khamis.
Antara risiko lain yang mungkin memberi pengaruh kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah berkait dengan krisis geopolitik di Asia Barat.
Ujarnya, sekiranya perang Hamas-Israel berlanjutan dan meluas di seluruh rantau itu, harga produk petroleum dijangka terjejas.
"Sekarang ini kita hanya melihat konflik adalah antara Hamas-Israel. Jika konflik ini merebak kepada negara lain di rantau itu seperti Iran, Syria, Mesir, Tukri dan AS, ia akan memberi impak kepada harga minyak yang lebih tinggi.
"Ia sekali gus akan memberi impak kepada infllasi dan itu akan memberi impak kepada ekonomi negara (Malaysia)," katanya.
Pada 27 November lalu, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata kerajaan akan melaksanakan program subsidi bersasar RON95 tahun hadapan sebagai langkah untuk mengoptimumkan sumbernya kepada golongan yang paling memerlukannya
Harits Asyraf Hasnan
Thu Dec 07 2023
Imran Yassin (tengah) ketika sidang media unjuran ekonomi dan pasaran Malaysia 2024 pada Khamis. - Foto Astro AWANI
3 individu direman dipercayai minta, terima rasuah pendakwah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan reman tiga individu termasuk seorang aktivis politik kerana disyaki meminta dan menerima rasuah daripada seorang pendakwah selebriti, kononnya bertujuan membantu menyelesaikan kes penggubahan wang haram (AMLA) membabitkan dirinya yang sedang dalam siasatan polis.
Isu RM94 juta: Speaker minta Ahli Parlimen Pendang kemuka bukti atau mohon maaf
Speaker Dewan Rakyat meminta Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) untuk mengemukakan bukti berhubung dakwaan penemuan wang tunai sebanyak RM94 juta di kediaman seorang bekas menteri DAP.
AGC masih teliti representasi kedua Muhammad Sanusi
Jabatan Peguam Negara (AGC) masih meneliti representasi kedua dikemukakan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bagi menggugurkan dua pertuduhan menghasut terhadapnya berhubung pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik pada Julai tahun lalu.
Pemandu lori lakukan amang seksual terhadap anak dipenjara, sebat
Seorang pemandu lori dihukum penjara tiga tahun enam bulan dan dua sebatan selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual terhadap anak kandung.
Timbalan pengerusi masjid pula direman kemuka nama penerima zakat tidak layak
Seorang lagi suspek dipercayai terlibat dalam kes mengemukakan senarai nama penerima zakat tidak layak kepada sebuah badan kebajikan swasta April lepas, direman enam hari.
Kafe tawar menu unik, papar wajah Kamala Harris
Sebuah kafe di Charlottesville, Virginia menyediakan menu unik pada hari pengundian pemilihan Presiden Amerika Syarikat (AS) dengan menyediakan kek dan roti tertera perkataan undi.
Ia mamaparkan wajah Naib Presiden Amerika Syarikat yang juga calon Presiden Parti Demokrat, Kamala Harris.
Ia mamaparkan wajah Naib Presiden Amerika Syarikat yang juga calon Presiden Parti Demokrat, Kamala Harris.
"Orang asing datang untuk bekerja, bukan untuk berniaga" - Kulasegaran
Timbalan Menteri JPM (Undang-undang dan Reformasi Institusi) berkata Kerajaan MADANI ada komitmen seratus peratus untuk menghapuskan perkara ini dan tindakan selanjutnya akan diambil.
Trump dahului Harris, lebih banyak pusat undi ditutup
Donald Trump dan Kamala Harris, memperoleh beberapa kemenangan awal ketika lebih banyak pusat mengundi di seluruh Amerika Syarikat ditutup.
[TERKINI] 100 pelajar UPM keracunan makanan
100 pelajar veterinar Universiti Putra Malaysia keracunan makanan, dipercayai mula dikesan pada pagi Selasa.
Platinum kekal logam paling banyak diimport dari Rusia ke AS
Amerika Syarikat (AS) mengimport aluminium dari Rusia pada September buat kali pertama sejak 2023, menurut analisis data kastam AS oleh RIA Novosti pada Rabu.
Unjuran kemelesetan AS, krisis geopolitik berisiko kepada Malaysia
Jangkaan kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat dan krisis geopolitik di Asia Barat menjadi antara risiko negatif terhadap pertumbuhan ekonomi di Malaysia tahun hadapan.