KUALA LUMPUR: Cahya Mata Sarawak Bhd (CMS) mencatatkan lonjakan dalam untung bersihnya kepada RM154.36 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2022 daripada RM53.88 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Hasil meningkat sebanyak 50 peratus kepada RM278.39 juta daripada RM185.87 juta sebelumnya disebabkan oleh pengiktirafan muhibah negatif yang berlaku daripada pengambilalihan kumpulan Oiltools, pembalikan rosot nilai pada pelaburan dan pinjaman kepada syarikat bersekutu yang dicatatkan pada suku ketiga.
Kumpulan itu berkata pada sembilan bulan pertama berakhir 30 Sept, 2022, keuntungan bersih telah meningkat sebanyak 49 peratus kepada RM265.95 juta daripada RM179.06 juta yang dicatatkan pada sembilan bulan pertama 2021, manakala hasil meningkat kepada RM702.17 juta daripada RM572.93 juta sebelum ini.
"Mengenai keputusan syarikat bersekutu, sumbangan keuntungan yang dicatatkan adalah lebih tinggi pada sembilan bulan 2022 berbanding tempoh yang sama 2021, terutamanya disebabkan oleh prestasi kewangan syarikat bersekutu yang lebih baik sebanyak RM34.27 juta," katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Selasa.
Berkenaan prospek pula, ia berkata kos bahan yang semakin rendah akan menjadi petanda baik untuk tahun kewangan akan datang, dengan projek infrastruktur dan pembangunan luar bandar di Sarawak kekal utuh.
"Pihak pengurusan terus berpegang pada pandangan jangka panjang bahawa sebaik sahaja kesesakan logistik dan kos bahan mentah menjadi stabil, aktiviti akan meningkat semula dan memberi manfaat kepada perniagaan kumpulan," katanya.
CMS menambah kumpulan itu menjangkakan apabila selesainya pengambilalihan perniagaan Oiltools, ia akan memberi sumbangan kewangan yang positif pada suku akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 30 2022
Cahya Mata Sarawak mencatat lonjakan dalam untung bersihnya kepada RM154.36 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept 2022.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Untung bersih suku ketiga Cahya Mata Sarawak melonjak kepada RM154.36 juta
Hasil meningkat sebanyak 50 peratus kepada RM278.39 juta daripada RM185.87 juta sebelumnya disebabkan oleh pengiktirafan muhibah negatif yang berlaku daripada pengambilalihan kumpulan Oiltools.
Cahya Mata Sarawak lupus 25% ekuiti dalam OM Material
Perjanjian penjualan saham bersyarat ditandatangani antara CMS dan OMS, menurut pemfailan dengan Bursa Malaysia pada Selasa.
Cahya Mata Sarawak lantik Mukhnizam Mahmud sebagai CFO baharu
Mukhnizam mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dengan syarikat di Malaysia, Singapura dan Indonesia.
Jalan Melekun-Mujong Kapit runtuh, lencongan sementara siap dibina
Satu jalan lencongan sementara siap dibina bagi melancarkan perjalanan penduduk Kapit yang terjejas akibat tanah runtuh di Jalan Melekun-Mujong pada Selasa.
Kontrak Lebuh Raya Pan Borneo tingkatkan saham Bina Puri, Cahya Mata Sarawak
Saham-saham Bina Puri Holdings Bhd dan Cahya Mata Sarawak Bhd meningkat pagi ini susulan pemerolehan kontrak baharu bernilai RM1.36 bilion.
Cahya Mata Sarawak saham paling untung sebelah pagi
Pada 11.58 pagi, saham Cahya Mata Sarawak meningkat 50 sen atau 5.43 peratus, kepada RM9.70, dengan 588,900 saham bertukar tangan.