awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Untung Porsche menurun 30 peratus berikutan kejatuhan jualan di China, peningkatan kos

Bernama
Bernama
12/03/2025
22:15 MYT
Untung Porsche menurun 30 peratus berikutan kejatuhan jualan di China, peningkatan kos
Pengeluar kereta sport Jerman, Porsche, melaporkan keuntungan bersihnya merosot 30.3 peratus tahun ke tahun kepada EUR3.6 bilion (US$3.9 bilion) pada 2024.
STUTTGART: Pengeluar kereta sport Jerman, Porsche, melaporkan keuntungan bersihnya merosot 30.3 peratus tahun ke tahun kepada EUR3.6 bilion (US$3.9 bilion) pada 2024, menurut agensi berita Jerman dpa.
Penurunan itu disebabkan prestasi perniagaan yang lemah di China serta kos tinggi bagi menyuntik nafas baharu ke atas barisan modelnya, kata syarikat yang berpangkalan di Stuttgart itu dalam laporan tahunan pada Rabu.
Jenama ikonik itu pada Februari lepas mengumumkan penyusunan semula lembaga eksekutifnya, yang menyaksikan pengunduran Ketua Pegawai Kewangan yang telah lama berkhidmat, Lutz Meschke, dan Ketua Pegawai Jualan, Detlev von Platen.
Porsche, yang merupakan sebahagian daripada Kumpulan Volkswagen, turut mengumumkan perubahan strategi dengan meningkatkan pelaburan dalam enjin pembakaran dalam dan hibrid "plug-in". Selain itu, sekitar 1,900 pekerjaan akan dikurangkan menjelang 2029.
Penghantaran kenderaan Porsche turun tiga peratus kepada kira-kira 310,700 unit pada 2024, dengan kejatuhan ketara sebanyak 28 peratus di China. Hasil jualan susut 1.1 peratus kepada lebih EUR40 bilion, manakala keuntungan operasi merosot hampir 23 peratus kepada EUR5.64 bilion.
--BERNAMA-dpa
TAG: porsche, untung bersih, perniagaan China
Topic Berkaitan
#Porsche
#untung Porsche
#kereta sport Jerman
#Kumpulan Volkswagen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan