Usahawan perlu mendaftar hak harta intelek (IP) mereka sebelum dipasarkan kepada umum bagi melindungi jenama produk dan perkhidmatan mereka daripada pesaing, kata Perunding Harta Intelek IP Gennesis Sdn Bhd, Lawrence Tan.
Menurutnya, kebanyakan usahawan tidak menyedari kepentingan untuk mendaftarkan hak mereka.
Ini mungkin menyebabkan produk dan perkhidmatan mereka mempunyai nama jenama yang sama dengan syarikat-syarikat lain, katanya.
"Sesetengah syarikat hanya mendaftarkan nama mereka selepas beberapa tahun beroperasi dan selepas membelanjakan wang yang banyak bagi pembungkusan.
"Justeru itu, saya ingin menasihati mereka agar mendaftarkan jenama mereka sebaik sahaja mereka memutuskan untuk membuka perniagaan. Dengan berbuat demikian, ia akan membantu mereka melindungi jenama mereka malahan sebelum ia diluluskan lagi," katanya kepada Bernama.
Kelulusan jenama oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia mungkin mengambil masa setahun.
Tan berkata syarikat teknologi multinasional AS, Apple Inc, terpaksa membayar US$60 juta untuk membeli nama 'Ipad' daripada sebuah syarikat China kerana syarikat itu telah menggunakan jenama tersebut beberapa tahun sebelum Apple menembusi pasaran China.
Beliau juga menyarankan syarikat-syarikat agar memilih nama unik yang tidak relevan dengan apa yang mereka jual.
"Jika jenama anda dipanggil Pisang Goreng adalah tidak adil kepada pesaing lain yang juga mahu mendaftarkan jenama yang sama," katanya sambil menambah kos mendaftar jenama ialah sebanyak RM2,000.
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi di Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Usahawan (CEDAR), Dr Sheikh Ghazali Abod berkata perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang menjadi tulang belakang ekonomi negara perlu mula melihat penjenamaan sebagai satu perkara yang penting.
"Penjenamaan tidak perlu mahal asalkan ia dapat mewujudkan kesan kepada pengguna," katanya.
CEDAR ialah unit milik penuh SME Bank.
Bernama
Sun Jul 26 2015
SHEIKH GHAZALI: Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang menjadi tulang belakang ekonomi negara perlu mula melihat penjenamaan sebagai satu perkara yang penting. - Gambar Fail
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
AI tidak dapat ganti guru
Menteri Pendidikan Rwanda, Gaspard Twagirayezu berkata kepesatan teknologi AI dalam pendidikan tidak dapat menggantikan guru malah membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 April 2024.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia perlukan persaingan sihat dalam transisi ke Orde Baharu - Menteri Luar Arab Saudi
Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud berkata dunia memerlukan persaingan sihat dalam transisi daripada Orde Dunia Lama kepada Orde Baharu. Jelasnya, persaingan ini akan memberi manfaat dalam bentuk kos pengeluaran lebih rendah, perkembangan inovasi dan pelaburan lebih baik. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Kefahaman orang ramai terhadap harta intelek masih rendah - Fuziah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup komited meningkatkan kefahaman orang ramai yang masih rendah terhadap harta intelek, kata Timbalan Menterinya Fuziah Salleh.
MyIPO teliti keperluan tawar harga istimewa kepada peniaga TikTok Shop
MyIPO akan teliti keperluan untuk memberi tawaran harga istimewa kepada peniaga TikTok Shop yang berhasrat mendaftarkan hak cipta (copyright) dan cap dagangan perniagaan mereka.
RMK12: Dasar IP negara akan disemak untuk memperkukuhkan ekosistem
Dasar mengenai harta intelek (IP) akan disemak semula untuk meningkatkan ekosistem hasil kreativiti negara.
Menteri Luar G7 gesa China henti curi hak harta intelektual untuk keuntungan komersial
Menteri luar dari Kumpulan Tujuh itu menggesa China supaya bertindak sebagai anggota masyarakat antarabangsa yang bertanggungjawab.
[KOLUMNIS] Mengukuh kesedaran hak cipta dalam kalangan pengamal industri kreatif
Memastikan semua karya dilindungi sebelum pengkomersialan merupakan perihal yang wajar diambil serius oleh semua pengkarya.
CENTEXS, MyIPO bantu daftar harta intelek usahawan Sarawak
Harta-harta intelek yang didaftarkan ini adalah di antara 42,000 yang didaftarkan oleh MyIPO seluruh negara.
Vaksin COVID-19: Negara anggota WTO tolak pelepasan paten
Afrika Selatan dan India menggesa hak harta intelek digantung sementara untuk vaksin koronavirus ketika pandemik.
Bank Dunia tolak pengecualian hak harta intelek vaksin COVID-19
Presidennya David Malpass tegaskan pengecualian itu akan menyekat inovasi bagi sektor farmaseutikal.
Jual kotak TV, kandungan tanpa kebenaran boleh diambil tindakan
Penjualan kotak TV media yang mengandungi kandungan yang tidak mendapat kebenaran sah hakcipta adalah haram dan boleh diambil tindakan undang-undang.
Perang dagangan semakin sengit, Trump umum peningkatan tarif
Sebagai balasan, Trump mengumumkan melalui Twitter, peningkatan tarif ke atas import China bernilai AS$250 bilion yang kini dikenakan tarif 25 peratus kepada 30 peratus, berkuatkuasa 1 Oktober.