awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Letupan di Selatan Thailand: KPDN tingkat pemantauan stesen minyak di sempadan
Pengarah syarikat didenda RM50,000 kemuka dokumen palsu pemutihan warga asing
V BTS pecah rekod artis lelaki Korea terpantas capai 70 juta pengikut di Instagram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

USANITA rintis fesyen sopan halal di Turkiye, sokong Tahun Melawat Malaysia 2026

Astro Awani
Astro Awani
14/01/2026
03:20 MYT
USANITA rintis fesyen sopan halal di Turkiye, sokong Tahun Melawat Malaysia 2026
Adzliana (kiri) bersama Ahmad Amiri selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Konsul Jeneral Malaysia itu di Istanbul.
ISTANBUL: USANITA Sdn. Bhd. melangkah ke pentas antarabangsa dengan mempromosi fesyen sopan halal (Halal Modest Fashion, HMF) di Turkiye, sekali gus menyokong usaha menjadikan Malaysia sebagai hab halal global dan mempromosi Tahun Melawat Malaysia 2026 (VMY 2026).
Ketua Pegawai Eksekutif USANITA, Datuk Adzliana Hasan berkata, fesyen sopan halal bukan sekadar menutup aurat, tetapi menekankan ketelusan rantaian bekalan, penggunaan bahan mentah halal serta amalan kerja beretika dan patuh syariah.
“Umat Islam kini mahu memastikan pakaian mereka diperbuat daripada bahan halal dan tidak melibatkan eksploitasi pekerja,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Konsul Jeneral Malaysia di Istanbul, Ahmad Amiri Abu Bakar, di sini
Turut hadir, Pesuruhjaya Perdagangan MATRADE Istanbul, Sadat Foster Maad.
Adzliana (empat dari kiri) dan Ahmad Amiri (tiga dari kanan) bergambar bersama delegasi USANITA dan pegawai Malaysia di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul.
Adzliana (empat dari kiri) dan Ahmad Amiri (tiga dari kanan) bergambar bersama delegasi USANITA dan pegawai Malaysia di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul.
Menurut Adzliana, perbelanjaan pengguna Muslim bagi pakaian dan kasut diunjur mencecah AS$433 bilion menjelang 2028, berbanding AS$327 bilion pada 2023.
Inisiatif ini turut memanfaatkan hubungan Malaysia–Turkiye yang diperkukuh melalui lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara itu minggu lalu.
Sementara itu, Amiri berkata, usahawan Malaysia wajar merebut peluang perniagaan di Turkiye, khususnya dalam fesyen, penginapan dan makanan, memandangkan hubungan baik kedua-dua negara serta Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang memudahkan urusan perdagangan.
USANITA melalui jenama Amber akan bekerjasama dengan rakan strategik di negara Islam seperti Indonesia dan Türkiye di bawah program “Bridge to Brilliance” (BtB), yang kini memasuki fasa kelima (BtB 5.0).
Selain fesyen, BtB 5.0 turut mempromosi VMY 2026 melalui penggambaran melibatkan lebih 40 artis Malaysia di Istanbul, menggabungkan diplomasi ekonomi, penjenamaan negara dan industri kreatif.
Topic Berkaitan
#USANITA
#fesyen sopan halal
#Halal Modest Fashion
#Tahun Melawat Malaysia 2026
#Adzliana Hasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan