awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ribut Leonardo: Lelaki maut di Portugal, wanita dihanyutkan arus di Sepanyol
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wonda Kopi Kluang cemerlang, lebih 2 juta tin terjual

Amzar Alif
Amzar Alif
24/05/2025
11:30 MYT
Wonda Kopi Kluang cemerlang, lebih 2 juta tin terjual
Kopi Wonda dan Astro Shaw cetus fenomena baharu menerusi kerjasama bagi Keluang Man The Movie. - Gambar Astro Shaw
PUTRAJAYA: Kolaborasi antara Kopi Wonda dan Astro Shaw sempena tayangan filem Keluang Man The Movie mencetus fenomena bukan sahaja di layar perak, malah turut mendapat sambutan luar biasa di pasaran tempatan.
Menerusi kempen istimewa yang dilancarkan sejak awal tahun ini, Wonda Kopi Kluang edisi terhad berjaya merekodkan jualan melebihi dua juta tin di seluruh negara.
Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn. Bhd., Amy Gan berkata kejayaan tersebut membuktikan kuasa gabungan antara jenama tempatan dan ikon budaya Malaysia yang dikenali ramai.
“Kami sangat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Astro Shaw bagi filem Keluang Man. Gabungan antara adiwira pertama Malaysia dan rasa kopi tempatan ternyata serasi. Setakat ini, jualan Wonda Kopi Kluang telah melebihi dua juta tin,” katanya.
Caption: Pengunjung Malam Gala Tayangan Perdana Keluang Man The Movie tidak terlepas untuk mendapatkan tin edisi khas Wonda Kopi Kluang. - Gambar Astro Shaw
Caption: Pengunjung Malam Gala Tayangan Perdana Keluang Man The Movie tidak terlepas untuk mendapatkan tin edisi khas Wonda Kopi Kluang. - Gambar Astro Shaw
Tin edisi khas ini menampilkan rekaan unik lima watak popular daripada dunia Keluang Man, termasuk Keluang Man sendiri, Ahmad, Shamsir, Doktor Mahlini dan Bebe.
Selain itu, Kopi Wonda turut mengadakan pelbagai promosi menarik di lokasi terpilih seperti Shell, Petronas Mesra, MyNews, 7Eleven, GSC dan MyBurgerLab.
“Kami keluarkan rekaan edisi terhad dan sebarkan ke pelbagai platform supaya lebih ramai dapat nikmati pengalaman ini. Ia bukan sekadar minuman, tapi juga satu bentuk penghargaan terhadap karakter yang ikonik bagi rakyat Malaysia,” tambah Amy.
Caption: Pengunjung turut berpeluang mengukir nama pada tin edisi khas tersebut bagi menjadikannya lebih istimewa untuk dibawa pulang. - Gambar Astro Shaw
Caption: Pengunjung turut berpeluang mengukir nama pada tin edisi khas tersebut bagi menjadikannya lebih istimewa untuk dibawa pulang. - Gambar Astro Shaw
Bagi meningkatkan penglibatan pengguna, Kopi Wonda turut memperkenalkan 10 mesin layan diri interaktif di beberapa pawagam GSC terpilih.
Melalui mesin ini, pengguna diberi cabaran meniru gaya ikonik Keluang Man untuk membuka ganjaran serta memenangi hadiah menarik.
Pendekatan ini bukan sahaja menyeronokkan, tetapi turut memperkukuh kehadiran jenama di kalangan penonton filem tempatan.
Topic Berkaitan
#Wonda Kopi Kluang
#Kopi Wonda
#Keluang Man The Movie
#Amy Gan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan