KUALA LUMPUR: Produk kecantikan dan kesejahteraan, WonderLab dan WonderDewi memperkenalkan identiti jenama menerusi inisiatif penjenamaan semula bersempena meraikan ulang tahun keempat.

Timbalan Pengurus Besar CUCKOO International, Nick Chin berkata, inisiatif penjenamaan semula itu selaras dengan komitmen syarikat untuk memberi nafas baharu dan penampilan yang lebih segar.

"Pada masa sama kita juga memperkenalkan tagline baharu iaitu BE ICONIC untuk memberi inspirasi kepada orang ramai bagi menghargai setiap  keunikan pada diri masing-masing dan melakukan perubahan positif.

"Ini kerana setiap perubahan positif kecil yang kita buat dalam diri akan memberi keyakinan pada masa hadapan.

"Saya berharap produk ini akan membantu menyerlahkan lagi kecantikan pengguna," katanya pada sambutan ulang tahun keempat  WonderLab dan WonderDewi, di sini pada Khamis.

Sempena sambutan ulang tahun dan inisiatif penjenamaan ini, WonderDewi dan WonderLab telah melakukan acara ‘cafe takeover’ di After One Cafe buat kunjungan orang ramai.

Nick Chin menambah, orang ramai juga kini berpeluang untuk menikmati minuman serta makanan yang menggunakan produk WonderLab dan WonderDewi di After One Cafe, Jalan Yap Kwan Seng bermula 17 November sehingga 26 November ini.

"Kami juga memberi 200 cawan minuman campuran WonderDewi-C khas setiap hari secara percuma," ujarnya.

Katanya lagi, mereka yang membelanjakan lebih RM100 untuk membeli produk kecantikan itu berpeluang menerima WonderLab Gift bernilai lebih RM250 dan baucer diskaun 10 peratus dari  After One Cafe.

"Pada masa sama, bagi pelanggan yang berbelanja lebih RM100 di kafe tersebut pula akan menerima baucer tunai WonderLab secara percuma," jelasnya.

Sementara itu, duta ikon WonderLab dan WonderDewi, penyanyi Bunga Isme berharap dapat membantu lebih ramai orang untuk memberanikan diri sendiri dengan keunikkan diri sendiri.

"Bagi saya BE ICONIC membawa maksud atau memberi inspirasi kepada orang ramai serta taglinie yang dibawakan ini adalah sepadan dengan apa yang saya percayakan.

"Dulu, selalu risau dan resah dengan komen-komen orang ramai, namun sejak menggunakan produk ini saya lebih yakin dan berasa uniknya diri ini.

"Tetapi apabila saya memberanikan diri sendiri to be me, saya sedar bahawa saya boleh menyerlahkan lagi kekuatan dan keunikkan diri sendiri.

"Saya juga menjadi lebih bebas dan lebih senang tampil yakin dan unik. Inilah maksud BE ICONIC yang saya percaya dan WonderLab serta WonderDewi dukung," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau mengakui penggunaan produk berkenaan terutamanya ketika waktu penggambaran yang panjang membantu mengatasi kulit kusam.

"Jadi saya mengalu-alukan orang ramai untuk mencuba produk kecantikan ini bagi membantu menyerlahkan keunikan diri masing-masing dan menjadi ikon tersendiri," ujarnya.