Sebuah pusat kajian khas antara Malaysia dan China perlu ditubuhkan bagi mengkaji semua aspek kepentingan kedua-dua negara berkenaan, demikian rumusan satu persidangan antarabangsa.
Pengarah Penyelidikan dan Penerbitan Institut Antarabangsa Peradaban Islam dan Dunia Melayu (ISTAC), Prof Datuk Dr Awang Sariyan, berkata pusat kajian itu turut disyorkan bertanggungjawab sebagai badan penasihat bagi kedua-dua negara.
"Antara lain, kita turut merumuskan untuk merangka asas kerjasama yang jelas dan tegas berkaitan soal kedaulatan, pembangunan, keselamatan dan ekonomi," katanya ketika membentangkan rumusan Persidangan Antarabangsa Hubungan Tamadun Melayu-Tamadun China bertema "Melestarikan Kerjasama Bersepadu Untuk Masa Hadapan" di ISTAC, di sini, pada Isnin.
Cadangan bagi mewujudkan pusat kajian itu diusulkan Presiden Universiti Islam Malaysia (UIAM), Tan Sri Dr Rais Yatim semasa merasmikan persidangan itu, yang menyarankan supaya satu majlis penyelidikan China-Malaysia diwujudkan bagi mengkaji sejarah, budaya, ekonomi, keselamatan dan diplomasi kedua-dua negara.
Persidangan itu turut merumuskan beberapa cadangan dalam bidang pendidikan seperti menyediakan biasiswa dan program pertukaran pelajar serta petugas akademik di antara kedua-dua negara.
Usul lain turut dicadangkan adalah kerajaan baharu yang diterajui Pakatan Harapan, menyediakan lebih banyak geran khas dalam bidang penerbitan dan penterjemahan bahan bacaan daripada bahasa Melayu ke Mandarin, dan Mandarin ke bahasa Melayu. -- Bernama
Bernama
Mon May 14 2018
Awang Sariyan berkata, pusat kajian itu disyorkan bertanggungjawab sebagai badan penasihat bagi kedua-dua negara. - Facebook/@AwangSariyan
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
Firdaus Abdullah aktif dalam memperjuangkan bahasa - Awang Sariyan
Aktif dalam gerakan persatuan mengangkat dan memperjuangkan bahasa, merupakan bukti kesungguhan Allahyarham Datuk Firdaus Abdullah yang begitu mencintai nilai dan keindahan kesusasteraan dan budaya.
Kerajaan dicadang ganti akta DBP 1959 dengan akta baharu
Seorang Ahli Dewan Negara mencadangkan agar kerajaan menggantikan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 (Akta DBP 1959) dengan akta baharu dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaa
Guna bahasa Melayu dalam surat kerajaan bertepatan Perlembagaan Persekutuan - Awang Sariyan
Awang berpendapat pelaksanaan peruntukan Perkara 152(6) Perlembagaan Persekutuan bagaimanapun masih belum memuaskan.
Awang Sariyan terima Anugerah Tokoh Guru Suluh Budiman UPSI 2023
Anak kelahiran Kampung Teluk Kerang, Pontian, itu pernah menyandang Kursi Za'ba di UPSI dan Kursi Pengajian Melayu di Beijing, China.
Awang Sariyan dilantik Penasihat Kehormat Pusat Pengajian Melayu China BFSU
Pelantikan ini menjadi landasan persefahaman rakyat dua buah negara melalui pendidikan dan kebudayaan.
Tingkat martabat bahasa Melayu - Awang Sariyan
Cadangan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun untuk mengangkat teks Perlembagaan Persekutuan dalam bahasa Melayu sebagai teks sahih merupakan perkembangan yang amat baik.
Sokongan Indonesia tingkat peluang bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi ASEAN, antarabangsa
Bahasa Melayu turut digunakan di Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand, Filipina, Kemboja, Laos, Vietnam, Myanmar dan Timor Leste.
Ucapan Tuan Ibrahim buka lembaran baharu bahasa Melayu
Awang Sariyan berkata, amalan tersebut sewajarnya turut dilaksanakan oleh pemimpin negara yang lain.
Sasterawan Atondra meninggal dunia
Antondra merupakan antara individu yang terlibat dalam pembentukan Persatuan Kebajikan Penulis Muda Selangor (Kemudi) pada 14 Disember 1971 bersama Datuk Abdul Samad Maharudin.
Keputusan tidak laksana semula PPSMI langkah tepat - Persatuan Linguistik Malaysia
Penasihat PLM, Prof Datuk Dr Awang Sariyan berkata setakat ini 15 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sepakat menyatakan sokongan terhadap keputusan itu.