awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sokongan Indonesia tingkat peluang bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi ASEAN, antarabangsa

Bernama
Bernama
02/04/2022
04:45 MYT
Sokongan Indonesia tingkat peluang bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi ASEAN, antarabangsa
Usaha penyatuan negara serantau ASEAN menerusi faktor bahasa besar ertinya. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Kesepakatan Malaysia dan Indonesia untuk terus bersama-sama memperkasakan bahasa rumpun Melayu menambah peluang bagi menjadikannya sebagai bahasa rasmi ASEAN dan antarabangsa.
Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Prof Datuk Seri Awang Sariyan berkata ini kerana bahasa Melayu yang mempunyai kira-kira 300 juta penutur, turut digunakan di Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand, Filipina, Kemboja, Laos, Vietnam, Myanmar dan Timor Leste.
"Cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu merupakan kesinambungan dan peningkatan usaha yang telah puluhan tahun dimulakan di peringkat serantau dan Indonesia yang memang menjadi sahabat seperjuangan sejak hampir 50 tahun lepas.
"Usaha penyatuan negara serantau ASEAN menerusi faktor bahasa besar ertinya," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Semalam, Ismail Sabri dilapor berkata Malaysia dan Indonesia akan terus sama-sama memperkasakan bahasa rumpun Melayu yang berkemungkinan dijadikan sebagai bahasa ASEAN satu hari nanti.
Ismail Sabri berkata kedua negara sepakat menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantara di setiap persidangan antarabangsa.
BACA: Malaysia, Indonesia sepakat perkasa Bahasa Melayu - PM
Dalam pada itu, Awang Sariyan berkata untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi ASEAN, sokongan padu semua negara yang menggunakan atau memiliki penutur berbahasa Melayu amat diperlukan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bahasa Melayu
#ASEAN
#bahasa rasmi
#Awang Sariyan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan