awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Awang Sariyan dilantik Penasihat Kehormat Pusat Pengajian Melayu China BFSU

Bernama
Bernama
26/04/2023
04:43 MYT
Awang Sariyan dilantik Penasihat Kehormat Pusat Pengajian Melayu China BFSU
Senator Prof Datuk Seri Awang Sariyan dilantik sebagai Penasihat Kehormat Pusat Pengajian Melayu China di Beijing Foreign Studies University (BFSU). - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Senator Prof Datuk Seri Awang Sariyan dilantik sebagai Penasihat Kehormat Pusat Pengajian Melayu China di Beijing Foreign Studies University (BFSU).
Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berkata, surat pelantikan berkenaan diterima beliau pada 10 April lepas daripada Pengarah Sekolah Pengajian Asia yang juga Pengarah Pusat Pengajian Melayu China BFSU, Prof Dr Su Yingying.
Awang berkata, pelantikan itu adalah kesinambungan dua kali tugas beliau sebagai Penyandang Kursi Pengajian Melayu Kerajaan Malaysia di China (2008-2011) dan (2016-2018), selain sebagai Profesor Kehormat Pendidikan Bahasa dan Kebudayaan BFSU yang dianugerahkan pada 2012.
"Insya-Allah pelantikan ini menjadi landasan persefahaman rakyat dua buah negara melalui pendidikan dan kebudayaan," katanya menerusi hantaran di Facebook beliau.
Pusat Bahasa Melayu ditubuhkan di BFSU pada 1997 sebagai hasil persetujuan antara kerajaan Malaysia dan kerajaan China untuk bekerjasama dalam bidang pendidikan, khususnya mengenai pengajaran bahasa Melayu di China.
Pada 2005 pula, Pusat Bahasa Melayu dinaikkan taraf menjadi Pusat Pengajian Melayu China dan secara rasminya menjadi pangkalan kegiatan ilmiah dan pengembangan bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu di China. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Awang Sariyan
#Penasihat Kehormat
#Pusat Pengajian Melayu China BFSU
#Beijing Foreign Studies University
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan