awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Buang puntung rokok di tempat awam, warga Singapura didenda RM1,500
Mahkamah Persekutuan putuskan bebas atau penjara Isa Samad esok
Penolong pengurus rugi lebih RM1.3 juta angkara "phone scam"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Y US sasar peroleh RM2 juta bagi 2013

Astro Awani
Astro Awani
26/12/2012
03:23 MYT
Y US sasar peroleh RM2 juta bagi 2013
Y Us Sdn Bhd, satu syarikat pembangunan perisian, menyasarkan untuk mencapai sasaran perolehan RM2 juta pada tahun depan berikutan lonjakan kukuh permintaan, di dalam negara dan dari seberang laut, bagi mendapatkan perisian pengurusan acaranya yang berinovatif yang dikenali sebagai "Evenesis".
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yusno Yunos berkata unjuran pertumbuhan empat kali perolehan bagi 2013 itu adalah berikutan kejayaan menembusi rantau Asean.
Berikutan penerimaan yang mengharukan itu, Evenesis kini berkembang ke Singapura, Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam, katanya, sambil menyatakan bahawa syarikat itu menyasarkan rantau Asia/Pasifik dan Teluk bagi mendapatkan potensi perniagaan.
"Pasaran serantau adalah besar dan ini memberi inspirasi kepada kami untuk membangunkan secara berterusan produk baharu bagi menampung permintaan yang semakin meningkat.
"Kini, kami sedang berunding dengan beberapa pihak yang berminat menjadi rakan perniagaan kami di pasaran berkenaan," katanya dalam satu kenyataan.
Katanya Y Us akan terus melabur kira-kira 10 peratus daripada perolehan tahunannya bagi melaksanakan penyelidikan dan pembangunan.
Evenesis, yang diperkenalkan pada 2011, menawarkan ciri-ciri dari awal hingga akhir yang komprehensif yang meliputi proses pengurusan acara seperti perancangan acara, penjadualan, jemputan, pengurusan tetamu, pelan reka bentuk lantai, pengaturan tempat duduk, pemeriksaan/pendaftaran pada hari berkenaan, kaji selidik pra dan pasca acara dan pengurusan tempat.
Ia merupakan perisian berasaskan awan yang pertama seumpamanya yang menampung keperluan perancang acara, penganjur persidangan dan pameran, perbadanan dan perusahaan kecil dan sederhana.
Topic Berkaitan
#Evenesis
#perniagaan
#perusahaan kecil
#Y Us Sdn Bh
#Yusno Yunos
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan