awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
Kerajaan MADANI terus komited pacu kesejahteraan rakyat Sarawak - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1 maut, puluhan cedera dalam nahas kereta api tergelincir di Austria

Astro Awani
Astro Awani
10/05/2022
02:41 MYT
1 maut, puluhan cedera dalam nahas kereta api tergelincir di Austria
Sekurang-kurangnya seorang maut dan puluhan lagi cedera selepas dua gerabak kereta api tergelincir dan terbalik berhampiran Vienna, Austria. -Reuters
VIENNA: Sekurang-kurangnya seorang maut dan puluhan lagi cedera selepas dua gerabak kereta api tergelincir dan terbalik berhampiran Vienna, Austria.
Pihak berkuasa berkata nahas berlaku pada petang Isnin di daerah Mödling, selatan ibu negara Austria.
Jurucakap Palang Merah memaklumkan agensi berita APA bahawa tiga orang cedera parah dan sembilan yang lain cedera ringan.
Pekerja penyelamat dan empat helikopter kecemasan telah dikerahkan ke lokasi kejadian, berhampiran perkampungan Münchendorf.
Menurut pihak berkuasa, kereta api yang membawa 56 penumpang dan seorang pemandu itu dalam perjalanan ke Vienna apabila ia tergelincir.
Sebuah gerabak dilapor merempuh padang bersebelahan, lapor portal EuroNews.
Tiada maklumat lanjut mengenai punca kejadian.
Semua kereta api di antara Ebenfurth dan stesen utama Vienna telah dilencongkan susulan insiden.
Topic Berkaitan
#kereta api tergelincir
#Vienna
#56 penumpang dan seorang pemandu
#penumpang maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan