awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 guru maut, 25 lagi cedera selepas bas dinaiki jatuh jambatan

Agensi
Agensi
31/01/2021
04:56 MYT
10 guru maut, 25 lagi cedera selepas bas dinaiki jatuh jambatan
Tiga guru yang cedera kini dalam keadaan kritikal.
HAVANA :Seramai 10 orang maut manakala 25 yang lain cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah bas, 40 kilometer dari Havana, Cuba pada Sabtu.
Pihak berkuasa tempatan melaporkan, bas yang membawa sekumpulan guru itu dipercayai terbabas sebelum terjunam dari jambatan dalam kejadian di lebuh raya nasional negara itu.
Menurut laporan AniNews, kesemua guru-guru terbabit mengajar di ibu negara itu.
Mereka berpindah ke lokasi lain bagi membolehkan asrama mereka digunakan untuk pesakit COVID-19.
Dalam kemalangan tersebut juga, tiga guru yang cedera kini dalam keadaan kritikal.
Semua yang cedera dimasukkan ke dalam sebuah hospital di Havana.
Sementara itu, Presiden Cuba, Miguel Diaz Canel menerusi laman Twitternya menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.
Menurutnya, pemergian guru-guru itu adalah kehilangan yang sukar dicari ganti.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#maut
#kemalangan bas
#mangsa
#Cuba
#keluarga
#guru
#COVID-19
#cedera
#bas
#presiden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan