awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 maut, 38 cedera insiden tembakan ketika sambutan kemerdekaan

Astro Awani
Astro Awani
06/07/2023
00:15 MYT
10 maut, 38 cedera insiden tembakan ketika sambutan kemerdekaan
Anggota polis dilihat mengepung kawasan berlaku tembakan rambang di Philadelphia, AS. - Foto REUTERS
SEKURANG-kuranganya 10 maut dan 38 cedera dalam beberapa insiden tembakan rambang di tiga bandar di Amerika Syarikat (AS).
Pihak berkuasa tempatan melaporkan, insiden tersebut tercetus ketika perayaan kemerdekaan yang disambut setiap tahun pada tanggal 4 Julai.
Tiga bandar terlibat adalah Philadelphia, Fort Worth dan Baltimore.
Di Fort Worth tiga orang terbunuh dan lapan cedera dalam tembakan beramai-ramai di sebuah festival tempatan yang meraikan hari kemerdekaan AS pada Selasa.
Manakala di Philadelphia pada Isnin, lima orang terbunuh dan dua lagi cedera, termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dan seorang remaja lelaki berusia 13 tahun.
Pihak polis tempatan melaporkan suspek bersenjatakan senapang AR-15 semasa kejadian.
Sementara itu, insiden tembakan pada malam Isnin berlaku sehari selepas dua orang ditembak mati dan 28 orang cedera, separuh daripadanya merupakan kanak-kanak dan berlaku di sebuah kawasan perumahan di Baltimore.
Sehingga kini, menurut pihak berkuasa motif dalam ketiga-tiga insiden ini masih tidak jelas.
Selain itu, menurut dapatan oleh Gun Violence Archive, lebih daripada 340 insiden tembakan rambang di AS direkodkan sepanjang tahun 2023.
Pada masa sama, Presiden Joe Biden mengutuk keganasan ini pada Selasa dan mengulangi seruan untuk memperketat undang-undang senjata.
Topic Berkaitan
#tembakan rambang
#Sambutan Kemerdekaan
#festival tempatan
#senapang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan