awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 maut, 4 cedera parah dalam tembakan di Montenegro

Bernama
Bernama
02/01/2025
04:00 MYT
10 maut, 4 cedera parah dalam tembakan di Montenegro
Anggota polis berkawal di lokasi kejadian tembakan di sebuah restoran di Cetinje, Montenegro, 1 Jan 2025. - REUTERS
BELGRADE: Sekurang-kurangnya 10 orang termasuk dua kanak-kanak, terbunuh dalam satu insiden tembakan pada petang Rabu di Cetinje, sebuah bandar di barat daya Montenegro, disahkan Menteri Dalam Negeri Danilo Saranovic, menurut Xinhua.
Insiden yang berlaku sekitar 3 petang waktu tempatan bermula dengan satu pertembungan ganas di sebuah restoran tempatan, lapor penyiar nasional Montenegro RTCG, menambah bahawa suspek penembak, Aco Martinovic, 45 tahun, masih bebas.
Saranovic berkata dalam satu sidang media bahawa empat orang mengalami kecederaan parah, dua daripadanya telah menjalani pembedahan kecemasan dan kini dirawat di unit rawatan rapi.
"Semua unit polis yang ada telah dikerah ke Cetinje dan usaha sedang dijalankan untuk mencari dan menahan suspek," kata Saranovic. "Ini adalah kejadian situasi dan bukan berkaitan dengan kumpulan jenayah terancang."
Saranovic menggesa penduduk untuk berada di dalam rumah dan menekankan bahawa kawasan di mana suspek dipercayai bersembunyi telah dikenal pasti.
Beliau juga mengumumkan rancangan untuk mengkaji semula peraturan senjata api, menegaskan bahawa serangan ini melibatkan senjata yang dimiliki secara haram.
Kerajaan mengisytiharkan tiga hari berkabung di seluruh negara pada 2-4 Jan. Semua acara awam dan budaya digantung dan bendera akan dikibarkan separuh tiang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tembakan
#Montenegro
#kaji semula peraturan senjata api
#hari berkabung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan