Selepas 10 tahun bencana tsunami paling dahsyat membawa kemusnahan merentas Lautan Hindi, sikap sambil lewa dikhuatiri akan melemahkan fungsi sistem amaran berteknologi tinggi yang dicipta untuk mengelakkan bencana besar seumpamanya.
Pada pagi 26 Disember 2004, gempa bumi dengan ukuran 9.3 magnitud yang menggegarkan perairan sebelah Barat Indonesia menghasilkan siri gelombang besar yang mengorbankan lebih daripada 220,000 orang di 14 buah negara termasuk Sri Lanka dan Somalia.
Antara yang menjadi mangsa ialah ribuan pelancong asing, dengan kebanyakannya sedang menikmati percutian Krismas di pantai tropika di barat daya Thailand, sekali gus menyebarkan ketakutan ke seluruh isi rumah di seluruh dunia.
Tiada sistem amaran dibunyikan dan tidak cukup masa bagi orang ramai untuk berkejar ke kawasan tanah tinggi ketika ombak raksasa membadai kawasan pesisiran pantai. Sebelum itu, ramai yang hanya terpinga-pinga melihat paras air laut yang menyusut jauh dari pantai sebelum kemudiannya kembali dalam gelombang besar yang memusnahkan.
Sempena ulang tahun ke-10 bencana tersebut, pakar memberi amaran bahawa ingatan umum terhadapnya semakin pudar, seiring dengan pudarnya kesediaan orang ramai untuk menghadapinya.
“Bila anda lupa, anda tidak bersedia. Anda bersantai, dan itu bahaya. Salah satu cabaran besar dalam mengurangkan risiko bencana adalah untuk memastikan orang menyedarinya.
“Ini digelar sebagai amnesia bencana,” kata ketua Pejabat Pengurangan Risiko Bencana, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) , Margareta Wahlstroem.
Kehilangan arah
Selepas gempa terjadi, ombak pertama datang dalam masa 20 minit. Ada ombak yang setinggi 35 meter membadai pantai Aceh hingga mengorbankan 170,000 orang di Indonesia.
Dua jam berikutnya, tsunami tersebut terbelah ke Thailand, India dan Sri Lanka.
"Kami kehilangan arah tanpa sebarang sistem pengesan di Lautan Hindi,” kata pengarah Pusat Amaran Tsunami Pasifik, Charles McCreery.
Menurutnya, selepas ‘100 tahun yang tenang’ telah berlaku enam kejadian gempa dengan ukuran 7.9 magnitud ke atas di Lautan Hindi sejak 2004.
Untuk mengelakkan perkara yang sama berulang, Sistem Amaran Tsunami Lautan Hindi dibangunkan dan beroperasi pada tahun 2011. Fungsinya yang merentasi lautan dan dipantau hab-hab di Indonesia, Australia dan India.
Rangkaian tersebut yang terdiri daripada tolok pengukur ombak, pelampung laut dalam dan pemantau seismik digunakan untuk memberi amaran kepada negara-negara seluruh rantau akan kemungkinan tsunami.
Sejumlah 24 negara sekitar Lautan Hindi juga telah mempunyai pusat-pusat amaran kebangsaan masing-masing.
Thailand yang menyaksikan seramai 5,395 terkorban akibat bencana itu dengan separuh daripadanya ialah pelancong, kini menjalankan hab pemantau 24 jam yang terhubung pada satelit ke 129 menara kawalan di enam wilayah yang cenderung dilanda tsunami.
Gelombang besar akan mengaktifkan penggera dan pengumuman dalam pelbagai bahasa dibuat melalui menara-menara pemantau. Hab pemantau itu juga akan menghantar peringatan melalui SMS untuk mengingatkan tentang evakuasi.
Namun di pantai Patong di Phuket, Thailand, menara pemantauan dilihat sudah dalam keadaan usang di sepanjang hamparan pantai yang dipenuhi para pelibur.
Sementara itu di kawasan resort pesisiran pantai Khao Lak, papan tanda yang membimbing orang ramai untuk berlari ke kawasan yang lebih tinggi dilihat sudah luntur.
Pada masa yang sama, populasi di kawasan pesisiran pantai tersebut yang dijana aktiviti percutian dan pelancongan semakin padat.
Sains dan pendidikan
Sistem amaran awal adalah suatu langkah besar ke depan namun tidak memadai sekiranya ia ditinggalkan, kata Prof. Kerry Sieh dari Nanyang Technological University, Singapura.
"Ia perlu wujud bersama pendidikan dan infrastruktur yang mencukupi,” ujarnya yang menekankan tentang kepentingan langkah-langkah lain seperti pelebaran jalan keluar sewaktu perpindahan atau evakuasi.
Jepun telah melabur dalam pembinaan sistem amaran dan kempen kesedaran tsunami yang terbaik. Ia telah diuji pada 2011 apabila gempa bumi telah mencetuskan tsunami yang mengorbankan 18,000 mangsa.
Menurut Sieh, persediaan pihak Jepun itu adalah berbaloi, kerana tanpanya angka korban mungkin lebih ramai.
Sistem di Lautan Hindi yang baharu disifatkan sebagai sebuah kejayaan dua tahun lalu ketika negara-negara berisiko telah menerima amaran kemungkinan tsunami dalam masa 12 minit titik gempa dikesan di perairan Sumatera.
Tiada tsunami berlaku, namun amaran berupa sistem pesanan ringkas, penggera dan latihan evakuasi di Aceh dan Thailand berjalan dengan lancar.
Kempen pendidikan di sekolah telah membantu dalam meningkatkan kesedaran dalam kalangan kanak-kanak sekolah namun golongan dewasa pula dilihat sedikit mengeluh dan mengelak apabila diminta untuk mengajar generasi seterusnya,” kata jurucakap agensi bencana Aceh, Muhammad Dirhamsyah.
Namun begitu, bagi Mathias Mann yang meletakkan bunga di pusara temannya yang terkorban akibat tsunami di daerah Phang Nga, Thailand, berkata bahawa adalah penting untuk mengingatinya.
“Saya berpendapat adalah sangat penting untuk mengingati apa yang berlaku --- atas alasan keselamatan,” katanya. “Kebanyakan orang mahu melupakannya. Saya faham.”
Oleh Thanaporn PROMYAMYAI
Astro Awani
Wed Dec 24 2014
Keadaan mengerikan di sekitar Banda Aceh yang binasa akibat dilanda badai tsunami pada tahun 2004.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Lesen memandu kini boleh diperbaharui untuk tempoh 10 tahun - Anthony Loke
Anthony Loke memaklumkan pembaharuan lesen untuk tempoh 10 tahun itu antara dua inisiatif pembaharuan LMM dilaksana pihaknya.
BHEUU, AGC kaji had tempoh perkhidmatan PM tidak lebih 10 tahun
Kajian mengenai isu itu dibuat bagi mendapatkan pandangan orang awam, agensi kerajaan, pertubuhan masyarakat sivil dan badan bukan kerajaan.
Warga Indonesia berdepan 3 pertuduhan amang seksual terhadap anak tiri 10 tahun
Seorang tukang rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tirinya yang berusia 10 tahun pada 2017.
Remaja didakwa laku amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan 10 tahun
Seorang remaja lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun.
Parti pembangkang Thailand diarah bubar, dilarang terlibat politik selama 10 tahun
Mahkamah memutuskan bahawa parti itu melanggar undang-undang dengan mengambil wang pinjaman 191.2 juta baht dari Thanathorn.
10 tahun tanpa Yasmin Ahmad
Sudah 10 tahun Yasmin Ahmad kembali mengadap Yang Maha Esa. Namun, ingatan serta kasih sayang pencinta padanya tidak pernah pudar.
Najib alu-alukan kes pembunuhan Altantuya dibuka semula
Najib mengalu-alukan gesaan veteran DAP Lim Kit Siang yang mendesak agar kes pembunuhan berprofil tinggi sejak sedekad lalu dibuka semula.
Pemeriksaan dawai elektrik rumah akan diwajibkan setiap 10 tahun
Semua rumah akan diwajib memeriksa pendawaian elektrik setiap 10 tahun mulai tahun depan.
Kilafairy dedah rahsia ikat perut tak makan nasi untuk kekal ramping
Tidak jamah nasi mahupun sebarang intake yang punya kadar karbohidrat tinggi. Selain menjaga makan, selalu juga rajinkan diri untuk keluarkan peluh dan terus aktif
[VIDEO] Scha Alyahya kongsi cerita kehidupan keluarga yang kadang kala pelik
Rasanya doa-doa peminat dan penyokong Scha dan Awal benar-benar termakbul apabila mereka bernikah dan bergelar suami-isteri yang sah.