awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Villarreal CF anjur Kem ID APAC di Kuala Lumpur
Champions League: Bodø/Glimt cipta kejutan besar, tewaskan Manchester City 3-1 di Arctic Circle
SSPA tangani isu pendapatan boleh guna, perkasakan bakat penjawat awam - JPA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 terbunuh dalam letupan di barat daya Pakistan

Bernama
Bernama
30/09/2025
12:15 MYT
10 terbunuh dalam letupan di barat daya Pakistan
Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dan beberapa yang lain cedera pada Selasa selepas satu letupan menggoncang Quetta, ibu negeri wilayah Balochistan di barat daya Pakistan, menurut polis. - Gambar fail/hiasan
ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dan beberapa yang lain cedera pada Selasa selepas satu letupan menggoncang Quetta, ibu negeri wilayah Balochistan di barat daya Pakistan, menurut polis.
Menurut Anadolu Ajansi, letupan itu berlaku di kawasan sibuk Pishin Stop berhampiran ibu pejabat Frontier Constabulary, pasukan separa tentera negara itu.
"Setakat ini, 10 mayat dan 19 mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital," kata Pengarah Urusan Pusat Trauma di Hospital Awam, Arbab Kamran kepada pemberita.
Seorang pegawai polis turut mengesahkan angka korban itu kepada Anadolu melalui telefon tetapi tidak mendedahkan punca letupan.
Berikutan serangan itu, pasukan keselamatan mengepung kawasan berkenaan dan melancarkan operasi mengesan pihak yang bertanggungjawab.
Tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab. Ketua Menteri Balochistan Mir Sarfraz Bugti mengecam insiden itu dengan menyifatkannya sebagai "serangan pengganas".
Wilayah yang kaya dengan mineral itu telah lama menjadi sarang keganasan, dengan pasukan keselamatan berdepan pemberontakan bersenjata berintensiti rendah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#letupan di Pakistan
#Quetta
#Wilayah Balochistan
#Pishin Stop
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan