Skip to main content

Dunia

10 warga Palestin cedera dalam pertempuran terbaharu dengan Israel

81536628547_PalestineProtest.jpg
Sepuluh warga Palestin cedera selepas diserang balas oleh tentera Israel dalam satu tunjuk perasaan di semenanjung Gaza pada Isnin.



Tunjuk perasaan terbaharu itu diadakan di kawasan Laut Israel yang bersempadan dengan semenanjung Gaza.



Beribu-ribu warga Palestin menyertai protes yang dipimpin Hamas itu.



Mereka bertindak membakar tayar sebelum diserang tentera rejim yang melepaskan gas pemedih mata dan tembakan ke arah peserta tunjuk perasaan.






Setakat ini, 128 warga Palestin yang menyertai tunjuk perasaan maut sejak ia diadakan pada Mac lalu.

Tunjuk perasaan dianjurkan oleh pergerakan Hamas bagi menuntut hak kepulangan ratusan ribu penduduk Palestin yang dipaksa melarikan diri dan meninggalkan kediaman mereka sewaktu pencerobohan Israel.



Advertisement

Must Watch Video