NINEVEH, IRAQ : Sekurang-kurangnya 100 orang dilaporkan maut sementara 150 lagi cedera dalam kebakaran di sebuah majlis perkahwinan di daerah Hamdaniya di wilayah Nineveh, Iraq.

Media tempatan yang memetik sumber melaporkan, jumlah korban akibat tragedi yang berlaku pada awal pagi ini juga dijangka meningkat.

Pasukan keselamatan awam tempatan yang dipetik sebagai berkata, kebakaran tersebut berlaku selepas bunga api dinyalakan ketika sambutan majlis berkenaan di sebuah dewan acara besar di wilayah timur laut.

Sementara rakaman video oleh wartawan Reuters di lokasi kebakaran itu menunjukkan anggota bomba memanjat bangunan yang hangus untuk mencari mangsa yang terselamat.

Siasatan awal menunjukkan bangunan itu diperbuat daripada bahan binaan yang sangat mudah terbakar,

Ambulans dan anggota pasukan perubatan juga dikejarkan ke lokasi oleh pihak berkuasa persekutuan Iraq dan pihak berkuasa di wilayah Kurdistan separa autonomi Iraq, menurut kenyataan rasmi. - Reuters